Previous Page  151 / 174 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 151 / 174 Next Page
Page Background

150

Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

2017

prestasi kewangan

Hasil daripada Urus Niaga Pertukaran

Hasil daripada urus niaga pertukaran diiktiraf apabila terdapat kemungkinan bahawamanfaat

ekonomi masa hadapan atau potensi perkhidmatan akanmengalir kepada entiti danmanfaat

ini boleh diukur dengan pasti.

i)

Hasil keuntungan daripada simpanan tetap diiktiraf atas dasar perkadaran masa yang

mengambil kira kadar pulangan hasil efektif atas aset tersebut. Kadar pulangan hasil

efektif ke atas aset ialah kadar keuntungan yang diperlukan untuk mendiskaunkan

jangkaan aliran penerimaan tunai masa hadapan sepanjang hayat aset tersebut untuk

disamakan dengan amaun bawaan awal aset tersebut.

Keuntungan simpanan tetap daripada tabung akan diagihkan sebagai pendapatan

tabung-tabung berkenaan, sekiranya pelaburan dibuat dari peruntukan tabung tersebut.

Bagi pelaburan simpanan tetap yang lain, pendapatan diambilkira dalam penyata

prestasi kewangan.

ii) Yuran pengajian perlu dibayar setiap semester. Hanya yuran semester yang berkaitan

dengan tahun kewangan semasa diambil kira sebagai hasil.

iii) Hasil sewa diiktiraf apabila hasil itu diperoleh mengikut syarat perjanjian penyewaan.

iv) Lain-lain hasil diiktiraf apabila sesuatu perkhidmatan itu telah diberikan.

c)

Hartanah, Loji dan Peralatan

Hartanah, loji dan peralatan dinyatakan pada kos setelah ditolak susut nilai terkumpul

dan rosot nilai terkumpul, jika ada. Kos termasuk semua kos langsung yang terlibat untuk

membawa aset tersebut ke lokasi dan keadaan yang membolehkannya beroperasi dalam

cara yang dikehendaki oleh pihak pengurusan. Kos penggantian bagi mana-mana aset yang

memerlukan penggantian secara berkala akan dipermodalkan manakala nilai dibawa bagi

bahagian yang diganti tersebut akan dinyahiktirafkan. Kos-kos perkhidmatan harian akan

diiktiraf sebagai perbelanjaan dalam penyata prestasi kewangan.

Jika sesuatu aset diperoleh melalui urus niaga bukan pertukaran, kos hendaklah diukur

berdasarkan nilai saksama pada tarikh perolehan. Aset-aset ini kemudiannya akan

dikreditkan di dalam penyata prestasi kewangan, melainkan jika terdapat syarat-syarat

mengenai penggunaan aset tersebut, di mana ia perlu diiktiraf di dalam liabiliti semasa.

Pembelian harta modal yang berharga RM3,000 dan ke atas bagi setiap unit manakala

pembaikan bangunan yang kosnya melebihi RM50,000 akan dipermodalkan.

Nilai dibawa item hartanah, loji dan peralatan hendaklah dinyahiktirafkan semasa pelupusan

atau apabila tiada manfaat ekonomi masa hadapan atau potensi perkhidmatan yang

dijangka daripada penggunaan atau pelupusannya. Keuntungan atau kerugian atas

nyahiktiraf hartanah, loji dan peralatan adalah ditentukan dengan membandingkan nilai

pelupusan bersih dengan nilai dibawa aset di mana perbezaannya akan diambil kira sebagai

keuntungan atau kerugian di dalam penyata prestasi kewangan.

d)

Susut Nilai

Susut nilai hartanah, loji dan peralatan dikira mengikut kaedah garis lurus berdasarkan

jangkaan hayat aset berkenaan dan dikenakan kepada kumpulan masing-masing. Tanah

hak milik bebas dan pembinaan dalam bangunan tidak disusut nilai.

booklayout.indd 150

7/24/18 11:05 AM