

Universiti pertahanan nasional malaysia
4
laporan tahunan 2014
4
51
A k t i v i t i d a n
P e n c a p a i a n M a h a s i s w a
7
ini. Program yang dianjurkan
dengan kerjasama Majlis
Perbandaran Alor Gajah Melaka
telah banyak membantu dalam
penyediaan keperluan program.
Program ini telah mencapai
matlamat dengan penglibatan
seluruh lapisan masyarakat
yang turut sama membantu
memelihara alam sekitar demi
menjamin persekitaran yang
sempurna bagi masa-masa
mendatang.
SEMINAR PERANCANGAN
KERJAYA UPNM 2014
Pada 23 Mac 2014 yang
lepas, Bahagian Hal Ehwal
Pelajar dan Alumni UPNM
dengan kerjasama Unit
Kaunseling, Kerjaya &
Alumni telah menganjurkan
Seminar Perancangan Kerjaya
bertempat di Dewan Lestari
UPNM, khusus kepada pelajar
tahun 2 yang bakal menjalani
latihan industri. Objektif
penganjuran program ini adalah
untuk memberi pendedahan
kepada pelajar-pelajar tahun
1 dan 2 agar mereka dapat
meneroka peluang-peluang
dan prospek kerjaya yang
bersesuaian dengan latar
belakang, minat dan kemahiran
yang dimiliki.
Program yang bermula pada
jam 9.00 pagi itu dimulakan
dengan Bicara Kerjaya: One
Step Forward yang telah
disampaikan oleh penceramah
jemputan, En. Ahmad Kamil
bin Muhamad Shah, Pegawai
Tadbir Diplomatik daripada
agensi kerajaan. Beliau
sempat memberi tips-tips dan
maklumat permohonan tentang
perjawatan PTD di jabatan
kerajaan. Setelah selesai
forum, peserta dibahagikan
kepada tiga (3) kumpulan untuk
sesi Mock Interview bersama
Talent Corp. Sesi Mock
Interview disambut positif oleh
para pelajar kerana mereka
berpeluang untuk merasai sesi
temuduga yang sebenar dan
ianya memudahkan mereka
untuk melalui proses temuduga
sebenar yang bakal dihadapi di
masa hadapan.
FESTIVAL KEBUDAYAAN
UNIVERSITI UNIVERSITI
MALAYSIA MAKUM
UNIVERSITI MALAYSIA
SABAH
Festival Kebudayaan Universiti-
universiti Malaysia MAKUM
telah diadakan di sekitar
Kota Kinabalu, Sabah pada
26 Februari hingga 3 Mac
2014. Festival ini melibatkan
keseluruhan IPTA di Malaysia
dengan jumlah penyertaan
seramai 200 pelajar. Universti
Pertahanan Nasional Malaysia
(UPNM) telah menghantar
pelajar seramai 10 orang yang
terdiri daripada ahli Kelab
Nasyid Invoices UPNM telah
diberi mandat untuk membuat
persembahan nasyid dan
marhaban di sepanjang program
berlangsung.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan
sepanjang berlangsungnya
festival ini dan di antara aktiviti-
aktiviti tersebut adalah Senam
Seni, Permainan Tradisional
dan Persembahan Kebudayaan
Kesenian. Kesemua aktiviti
ini dijalankan di sekitar Kota
Kinabalu, Bandar Tuaran, Pantai
Tanjung Aru, Gaya Street, Suria
Sabah Shopping Centre dan
sekolah-sekolah berdekatan
dengan Universiti Malaysia
Sabah (UMS).