

Universiti pertahanan nasional malaysia
4
laporan tahunan 2014
4
48
8
A k t i v i t i d a n
P e n c a p a i a n M a h a s i s w a
Vignesh A/L A.R Ramachandran
di kedudukan ke-12 dengan
catatan masa (06:40:23) dan
Amirul Asyraf bin Bokhari
ke-13 dengan catatan masa
(06:56:02).
Saingan yang diberikan oleh
atlet-atlet Sukan Lasak UPNM
telah membuka mata pihak
luar dengan pencapaian yang
diperolehi. Kejayaan-kejayaan
yang telah dicapai perlu
dikekalkan dan harapan warga
universiti agar pelapis-pelapis
baru dapat dibentuk dengan
lebih ramai bagi pembangunan
menyeluruh bagi Sukan
Lasak UPNM yang disegani
di peringkat kebangsaan dan
peringkat dunia.
AKSI-AKSI PESILAT UPNM
HASILKAN 3 EMAS, 7 PERAK
DAN 3 GANGSA DI KARNIVAL
SUKAN MAJLIS SUKAN
UNIVERSITI MALAYSIA
(MASUM) FASA 1 2014
Karnival Sukan MASUM Fasa 1
2014 telah berlangsung pada 5
hingga 13 April 2014 bertempat
di Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI), Tanjung Malim,
Perak. Kejohanan ini dianjurkan
oleh Majlis Sukan Universiti
Malaysia (MASUM) dengan
kerjasama Universiti Perguruan
Sultan Idris (UPSI) selaku tuan
rumah. Sebanyak 11 jenis
sukan telah dipertandingkan
pada karnival kali ini dan
Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia telah mengesahkan
penyertaan bagi Sembilan
(9) jenis acara sukan iaitu
Badminton, Bola Baling, Bola
Jaring, Catur, Hoki Dewan,
Pencak Silat, Ping Pong, Ragbi
15’s dan Sepak Takraw.
Atlet-atlet UPNM yang dipilih
menyertai Karnival Sukan
MASUM Fasa 1 ini merupakan
atlet-atlet yang telah menyertai
Kejohanan SUKIPT II 2014 dan
bakat-bakat baru yang telah
dipilih melalui Sukan Antara
Fakulti (SUKAF) 2014. Kontinjen
UPNM terdiri daripada 114
orang atlet lelaki dan 37 orang
atlet wanita diiringi 13 orang
pegawai dan jurulatih.
UPNM telah berjaya memungut
3 pingat Emas, 7 pingat Perak
dan 3 pingat Gangsa. Kesemua
pingat UPNM dirangkul
menerusi Sukan Silat. UPNM
telah berjaya menduduki tempat
ke-4 daripada keseluruhan
penyertaan 20 IPTA yang
bertanding. Kedudukan ke-4 ini
merupakan pencapaian terbaik
UPNM sepanjang penyertaan
di Karnival Sukan MASUM.
Pasukan Silat UPNM telah
menunjukkan prestasi yang
membanggakan manakala bagi
pasukan Hoki Dewan (Lelaki &
Wanita) dan Ragbi telah berjaya
menempah kedudukan di
tempat ke-4.
KEJOHANAN CATUR
BERPASUKAN JEMPUTAN
KEDAH 2014
Kejohanan Catur Berpasukan
Jemputan Kedah 2014 telah
berlangsung pada 16 hingga
17 Mei 2014 di Universiti Utara
Malaysia, Kedah. Kejohanan
ini telah dianjurkan oleh Kelab
Catur Staf Universiti Utara
Malaysia dan Pusat Akademi
Catur Utara. Kelab Catur UPNM
telah menghantar seramai 11
orang dan telah meraih tempat
ke-4 dan ke-12 berpasukan.
Secara keseluruhan pasukan
lelaki mendapat gelaran
Pasukan Terbaik IPT dan Best
Board.
KEJOHANAN TAEKWONDO
5TH INTEC INTERNATIONAL
TAEKWONDO
CHAMPIONSHIP 2014
Kejohanan Taekwondo (WTF)
ini telah berlangsung di Dewan
Besar INTEC Seksyen 17,
Shah Alam pada 23 hingga
25 Mei 2014 yang lalu.