

Universiti pertahanan nasional malaysia
4
laporan tahunan 2014
4
52
8
A k t i v i t i d a n
P e n c a p a i a n M a h a s i s w a
KELAB BLACK DRAGON PAINTBALL
RANGKUL TEMPAT KE-3 MY-NPC
Kelab Black Dragon Paintball telah menyertai
Malaysian National Paintball Championship (MY-
NPC) pada 23 Mac 2014 bertempat di Werd
Training Facility (WTF), Puchong. Kejohanan
ini juga merupakan Kejohanan Liga Malaysia
yang pertama disertai oleh Kelab Black Dragon
Paintball.
Pertandingan yang dianjurkan oleh Malaysian
Paintball Academy (MAPAAC) dan Werdna Hol
Sprotz ini merupakan salah satu kejohanan yang
terbesar di Malaysia. Kejohanan ini dibahagikan
kepada empat Divisyen iaitu Divisyen 1 (Amateur),
Divisyen 2 (Novice), Divisyen 3 (Rookie) dan
Divisyen 4 (Young Gun). Pasukan Black Dragon
Legion telah dimasukkan ke dalam Divisyen 4
bersama lapan lagi pasukan yang bertanding
untuk merebut gelaran juara Divisyen 4.
Kejayaan pasukan memenangi semua perlawanan
di peringkat suku akhir telah melayakkan
pasukan untuk mara ke pusingan separuh
akhir tetapi tewas di tangan Zero6 Troopers.
Walaubagaimanapun Black Dragon Legion layak
ke pusingan penentuan bagi tempat ketiga dan
keempat dengan menentang pasukan Stress.
Persaingan yang sengit telah ditunjukkan oleh
pasukan Stress namun kemenangan Black Dragon
Legion sebanyak dua kali telah menempatkan
Black Dragon Legion di tempat ke-3 di Divisyen 4.
Peningkatan dan kemajuan yang telah ditunjukkan
oleh Kelab Sukan Paintball menggambarkan sukan
ini akan lebih berdaya saing dan bakal menjadi
sukan utama UPNM selari dengan matlamat
memperkasakan bidang pertahanan negara.
Justeru, sukan ini harus dikuasai oleh UPNM
seiring dengan ‘niche’ universiti pertahanan yang
melahirkan pejuang-pejuang negara melalui teknik
perperangan berbentuk permainan dan simulasi.
Tahniah diucapkan kepada Kelab Black Dragon
Paintball.