Previous Page  58 / 186 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 58 / 186 Next Page
Page Background

Universiti pertahanan nasional malaysia

4

laporan tahunan 2014

4

57

8

P e n g a j a r a n d a n

P emb e l a j a r a n

Pengajaran dan

pembelajaran

4)

Ship Mast

di Pusat Pembangunan dan Latihan Maritim

5)

Perisian Senibina Kapal di Makmal Senibina Kapal

Dengan adanya peralatan-peralatan sokongan pengajaran dan

pembelajaran ini, pelajar dapat lebih memahami proses, tatacara dan

pengendalian peralatan kerana mereka mempraktikkan teori yang

dipelajari melalui penggunaan peralatan-peralatan tersebut. Selain

itu, pelajar dapat menggambarkan suasana sebenar apabila mereka

berada di lokasi kejadian.

AKTIVITI-AKTIVITI YANG MEMBERI IMPAK KEPADA

PENINGKATAN KUALITI AKADEMIK UPNM

International Conferences on Humanities and Social Sciences

(ICHISS)

Penganjuran Persidangan Antarabangsa ICHISS pada 6-7 Jun 2014

di Hotel Royal Chulan. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

merupakan penganjur utama program ini dengan kerjasama

University Prince of Songkla, Thailand. Di antara objektif utama

persidangan peringkat antarabangsa ini diadakan adalah:

a.

Menfokuskan penyediaan platform bagi para intelektual dari

pelbagai bidang ilmu kemanusiaan untuk membincangkan isu-

isu semasa terutamanya aspek politik, ekonomi, pengurusan

dan ketamadunan.

b.

Memberi input baharu dalam pengajian bidang kemanusiaan

dan kaedah penyelidikan yang terkini di peringkat antarabangsa.

c.

Membangunkan satu jaringan kepakaran dalam politik,

ekonomi, pengurusan dan ketamadunan.

d.

Memberi pendedahan kepada warga UPNM tentang

kepentingan pengajian politik, ekonomi, pengurusan dan

ketamadunan.

e.

Menerbitkan kertas kerja pembentangan dalam bentuk jurnal

ilmiah yang akan menjadi rujukan berkenaan politik, negara,

bangsa, hubungan etnik, ekonomi, budaya niaga, pengurusan

dan ketamadunan.

Seramai 101 peserta terlibat dalam persidangan tersebut.

Persidangan ini telah menjalinkan hubungan kerjasama erat

antara Prince of Songkla University (PSU) dengan pihak Universiti

Pertahanan Nasional Malaysia. Berdasarkan pencapaian bengkel

tersebut, pihak Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan

(FPPP) akan menghantar staf akademik untuk membentangkan

kertas kerja di Prince of Songkla University pada bulan Jun 2015.

Selain itu, dapatan daripada persidangan tersebut akan dilanjutkan

dengan membincangkan hal-hal akademik mengenai kemanusiaan

di peringkat ASEAN.