

Universiti pertahanan nasional malaysia
4
laporan tahunan 2014
4
60
P e n g a j a r a n d a n
P emb e l a j a r a n
7
Persidangan ini berjaya menarik
minat dan mengumpulkan
penyelidik-penyelidik dari dalam
dan luar negara yang pakar
dalam bidang pertahanan dan
keselamatan bagi perkongsian
serta pertukaran idea.
Seramai 34 orang peserta
telah membentangkan kertas
kerja dalam bidang kepakaran
masing-masing.
Workshop on Basic Elements
of Space Launch Vehicle
Design
Selari dengan penganjuran
‘International Conference
of Defence and Security
Technology
(DSTC 2014)
yang berlangsung pada
24 hingga 25 September
2014, Fakulti Kejuruteraan
Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia dengan kerjasama
Universiti Putra Malaysia
telah menganjurkan bengkel
Workshop on Basic Elements of
Space Launch Vehicle Design
.
Bengkel ini telah berlangsung
pada 22 hingga 23 September
2014 di Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Putra Malaysia,
Serdang, Selangor.
Bengkel ini dianjurkan untuk
memperkenalkan roket sebagai
satu sistem kejuruteraan.
Elemen asas reka bentuk
roket diperkenalkan kepada
peserta untuk mendedahkan
dan meningkatkan semangat
para peserta menggunakan
pengetahuan mereka dalam
bidang kepakaran masing-
masing. Bengkel ini telah
disertai 16 orang peserta dari
berbagai agensi iaitu Agensi
Angkasa Negara, Markas
Tentera Udara Diraja Malaysia,
Institut Penyelidikan Sains
dan Teknologi Pertahanan
(STRIDE), Universiti Malaysia
Pahang (UMP), Open University
Malaysia serta staf akademik
UPNM.
Bengkel ini telah berlangsung
dengan jayanya. Peserta telah
didedahkan dengan konsep
asas reka bentuk dan operasi
roket. Penganjuran bengkel ini
telah berjaya mengumpulkan
penyelidik-penyelidik berkaitan
pertahanan dan keselamatan
untuk perkongsian serta
pertukaran idea-idea dalam
bidang kepakaran masing-
masing. Berdasarkan sambutan
yang menggalakkan dari para
peserta, bengkel seumpama ini
telah disyorkan supaya diadakan
pada masa akan datang.