Previous Page  57 / 186 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 57 / 186 Next Page
Page Background

Universiti pertahanan nasional malaysia

4

laporan tahunan 2014

4

56

SENARAI PROJEK PENAMBAHBAIKAN PROGRAM –

PROGRAM AKADEMIK

Pemantapan Program Sarjana Muda Doktor Perubatan

Program Sarjana Muda Doktor Perubatan merupakan program

akademik di bawah kendalian Fakulti Perubatan dan Kesihatan

Pertahanan. Satu bengkel Latihan Pengajar (Teacher Training

Workshops / ttws) telah diadakan selama empat (4) hari iaitu pada

5, 16, 17 dan 19 April 2014 di Pusat Marin, UPNM. Bengkel latihan

ini telah melibatkan seramai 29 orang peserta pada 5 April 2014,

30 orang peserta pada 16 April 2014, 22 orang peserta pada 17

April 2014 dan 22 orang peserta pada 19 April 2014. Penganjuran

bengkel ini adalah lanjutan daripada cadangan oleh pihak Malaysian

Qualifications Agency (MQA) yang meminta agar latihan pengajar

diadakan secara berterusan bagi memperkasa para pengajar

terutama dalam Pendidikan Perubatan (Learning Outcomes dan

Student Assessment). Melalui latihan ini, kualiti graduan dalam

bidang perubatan dapat dipertingkatkan dan memenuhi falsafah

pedagogi pembelajaran selaras dengan objektif General Medical

Council (GMC).

Selain itu, bagi tujuan memantapkan lagi Program Sarjana Muda

Doktor Perubatan, Bengkel Pembangunan Kurikulum Tahun 4

(Kilinikal) dan Penstrukturan Semula Strand PPD & Strand Perubatan

Ketenteraan telah diadakan pada 19 hingga 21 Mei 2014 di Pusat

Marin, UPNM. Bengkel ini diadakan untuk membangunkan kurikulum

tahun 4 (Fasa Klinikal) secara terperinci untuk pelaksanaan sesi

akademik 2014/2015. Penstrukturan Semula Strand PPD & Strand

Perubatan Ketenteraan dibincangkan untuk menerap isi kandungan

yang asas dan relevan daripada kursus-kursus teras universiti serta

memetakan isi kandungan Strand PPD dan Milimed. Semakan

semula cara pengiraan kredit-ekuivalen daripada pengiraan

nasional kepada pengiraan konvensional turut dibincangkan untuk

memudahkan perbandingan bebanan kursus perubatan dengan

kursus-kursus lain di Universiti Awam di Malaysia.

Pemantapan Program Sarjana Muda Teknologi Maritim

Program Sarjana Muda Teknologi Maritim merupakan salah

satu program yang ditawarkan oleh Fakulti Sains dan Teknologi

Pertahanan. Bagi memantapkan perlaksanaan program ini,

pihak fakulti telah menyediakan kelengkapan alat pengajaran dan

pembelajaran seperti berikut:

1)

Full Mission Ship Bridge Simulator

di Pusat Pembangunan dan

Latihan Maritim

2)

Kelas Thayer

3)

8 buah

5.4 meters V-bottom Assault Boat

beserta OBM di

Pusat Marin

Dua (2) Fakulti dan satu

(1) Pusat Pengajian

telah melaksanakan

penambahbaikan terhadap

program-program akademik

di Fakulti berkenaan

pada tahun 2014. Fakulti

yang terlibat ialah Fakulti

Perubatan dan Kesihatan

Pertahanan dan Fakulti

Sains dan Teknologi

Pertahanan.

P e n g a j a r a n d a n

P emb e l a j a r a n

7

Pengajaran dan

pembelajaran