

Universiti pertahanan nasional malaysia
4
laporan tahunan 2014
4
53
8
A k t i v i t i d a n
P e n c a p a i a n M a h a s i s w a
HIMPUNAN SENI &
BUDAYA DALAM MINGGU
MENDUKUNG SENI 2014
MERIAH!!!
Pada 24 Mac - 28 Mac 2014
baru-baru ini Unit Kesenian
& Kebudayaan, Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia
dengan kerjasama Sekretariat
Presiden Kelab Kebudayaan,
Kelab-kelab kesenian dan
Kebudayaan UPNM dan
Majlis Perwakilan Pelajar
telah menganjurkan Minggu
Mendukung Seni (MMS) 2.0
dengan tagline “Seni Pencetus
Patriotisme”.
Objektif utama penganjuran
program adalah bagi
menghimpunkan aktiviti-aktiviti
seni dan budaya daripada
pelbagai bidang seni dan budaya
sebagai pendedahan kepada
pelajar-pelajar bahawa skop
seni dan budaya adalah luas
dan tidak tertumpu kepada
hiburan yang melalaikan semata-
mata malah seni dan budaya
mampu menjadi pemangkin bagi
mencetus semangat patriotik
dikalangan pelajar-pelajar.
Program kali ini amat menarik di
mana penggabungan elemen seni
dan budaya diperluaskan kepada
pameran tokoh patriotik, bengkel-
bengkel seni dan budaya, sukan
rakyat, bual bicara, forum dan
persembahan daripada kelab-
kelab kesenian dan kebudayaan.
Antara program yang mendapat
sambutan hangat dan meriah
ialah ‘pocket show’ dari kelab-
kelab kebudayaan pada setiap
malam yang dimulai dengan
persembahan gamelan dari
Kelab Gamelan Citra Nusantara,
persembahan dikir barat daripada
kumpulan jemputan, Kumpulan
Arjuna Sukma, pementasan teater
dari Kelab Teater Revolution Art
diikuti persembahan akustika dan
nasyid dari Kelab Enigma Band
dan In-Voices UPNM.
Selain itu juga Forum Seni
Pencetus Patriotisme turut
mendapat sambutan dengan
menampilkan Namron (penulis
skrip, pengarah dan pelakon
untuk filem, teater dan drama)
dan Yang Berbahagia Prof. Dr Siti
Zainon Ismail (pengarang, pengkaji
seni budaya warisan Melayu,
seniman, penyair dan pelukis
Malaysia) sebagai ahli panel forum.
PROGRAM PENYATUAN DUA
DUNIA GAPAI ‘13 UPNM
HULU LANGAT, 22 Feb 2014
- Gerakan Aktif Pelajar Awam
Intake 2013 (GAPAI 13) dengan
kerjasama Bahagian Hal Ehwal
Pelajar dan Alumni (BHEPA)
telah menganjurkan Program
Penyatuan Dua Dunia Bersama
Pelajar Awam Asasi UPNM
bertempat di Air Terjun Lepuh,
Hulu Langat, Selangor.
Program tersebut dijalankan
bertujuan untuk memberi
kesedaran kepada pelajar
awam asasi UPNM, iaitu ahli-
ahli GAPAI 13 mengenai alam
sekitar dan mengaplikasikan
pembelajaran di dalam
kepentingan mengekalkan
kehijauan alam. Program ini juga
merupakan program rekreasi
yang kedua setelah program
berkayak yang telah diadakan
pada tahun lepas. Program ini
melibatkan 31 ahli GAPAI 13
yang terdiri daripada 14 orang
lelaki dan 17 orang perempuan
serta diiringi oleh pensyarah
Pusat Asasi UPNM, En Abqari
Luthfi Albert bin Abdullah
Bermula pada jam 8.30pagi dan
berakhir pada jam 5.30petang,
program yang dijalankan dalam
Secara
keseluruhannya,
MMS dapat dijadikan
satu wadah untuk
membentuk jati diri
yang tinggi bagi
bersama-sama
membentuk attribut
“Leaders of
Character”
selaras dengan hasrat
universiti.