Previous Page  51 / 186 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 51 / 186 Next Page
Page Background

Universiti pertahanan nasional malaysia

4

laporan tahunan 2014

4

50

8

A k t i v i t i d a n

P e n c a p a i a n M a h a s i s w a

peserta tentang kemahiran

kepimpinan, dan menerapkan

ciri-ciri Team Work dalam

diri mereka. Sepanjang

program berlangsung, peserta

didedahkan dengan penulisan

kertas kerja, kemahiran dalam

pengurusan kelab, aktiviti-aktiviti

berpasukan, kayak, rentas

halangan, ‘night walk’, dan

aktiviti-aktiviti ‘outdoor’ yang

sangat mencabar.

PROGRAM IMARAH ILMU

UPNM 2014 (KnowFest’14)

KEMBALI MENGGEGARKAN

WARGA KAMPUS!

Pada tahun 2013, Unit

Kaunseling, Kerjaya &Alumni

telah menganjurkan Program

Knowledge Festival UPNM

2013 dengan jayanya. Oleh

kerana sambutan yang

diterima pada tahun 2013

amat menggalakkan, Unit

Kaunseling, Kerjaya & Alumni

sekali lagi mengambil inisiatif

menganjurkan Program Imarah

Ilmu UPNM 2014 (dulunya

dikenali sebagai KnowFest’13)

khusus kepada mahasiswa

dan warga kampus amnya.

Program yang telah berlangsung

selama 3 hari iaitu bermula pada

14 - 16 Mei 2014 bertempat

di persekitaran UPNM telah

mendapat kolaborasi bersama

Kumpulan Media Karangkraf

Sdn Bhd dan Kumpulan Utusan

Melayu. Sepanjang program 3

hari tersebut, pelbagai aktiviti

dan program menarik disajikan

khusus kepada warga kampus

antaranya Defence Career

Fair, Job Interview, Pameran

Buku, Bengkel Focused UPSR,

Forum Bicara Anak Muda,

Forum PC Magazine@Work,

Majlis Sambutan Hari Pendidik,

60 Minit Bersama Ustaz

Don, Pertandingan Membina

Menara (dengan kerjasama

Syarikat Permainan Malaysia),

dan pelbagai aktiviti menarik

yang tersedia di sepanjang

booth pameran buku dan

jualan. Majlis Penutup Program

Imarah Ilmu UPNM 2014 telah

diadakan pada 16 Mei 2014

(Jumaat), bertempat di Dewan

Lestari, UPNM dan telah

dirasmikan oleh YBhg Prof Dr

Mohamed Fadzil bin Che Din,

Timbalan Naib Canselor HEPA,

UPNM. Sambutan yang telah

diterima oleh para pengunjung

dan peserta program amat

memberangsangkan dan pihak

penganjur akan berusaha untuk

meneruskan program ini pada

masa hadapan.

SEKRETARIAT RAKAN MUDA

UPNM SUKARELAWAN

PEMBERSIHAN PANTAI

TANJUNG BIDARA MELAKA

“WE CARE OUR NATURE”

Tanjung Bidara, Melaka -

Sekretariat Rakan Muda UPNM

telah menganjurkan program

sukarelawan pembersihan

Pantai Tanjung Bidara Melaka

pada 26 April 2014. Program

ini diadakan bagi mengalakkan

para pelajar terlibat secara

terus dengan program-program

sukarelawan yang dilihat mampu

meningkatkan pembinaan jati

diri, kepimpinan, pembangunan

personaliti unggul mahasiswa

serta kereaktifan pelajar di dalam

mendepani isu-isu persekitaran.

Tema “We Care Our Nature”

menjadi titik tolak kepada

kesedaran masyarakat tentang

pentingnya penjagaan alam

sekitar dan ekosistem yang baik.

Seramai 40 orang pelajar

UPNM terlibat di dalam

program pembersihan pantai

ini dan penglibatan secara

tidak langsung masyarakat

sekitar pada masa tersebut

meningkatkan lagi sasaran

kejayaan objektif program