Previous Page  47 / 186 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 47 / 186 Next Page
Page Background

Universiti pertahanan nasional malaysia

4

laporan tahunan 2014

4

46

A k t i v i t i d a n

P e n c a p a i a n M a h a s i s w a

7

25 pasukan IPT telah mengesahkan penyertaan

dan jumlah peserta yang terlibat adalah seramai

150 atlet lelaki dan wanita. Pasukan Pencak Silat

UPNM telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan

Terbuka IPT dengan pungutan 9 emas, 2 perak dan

1 gangsa. Keputusan yang telah dicapai ini dilihat

memberangsangkan dan menampakkan peningkatan

bagi setiap pesilat-pesilat lama dan baharu UPNM.

Penekanan utama Pasukan Silat adalah untuk

mempersiapkan pesilat-pesilat elit UPNM yang akan

diketengahkan bagi mewakili universiti di Kejohanan

MASUM 2014. Kejohanan ini dilihat memberi ruang

kepada pesilat-pesilat utama UPNM memperbetulkan

kelemahan-kelemahan mereka di samping

melonjakkan semangat pesilat sebagai persediaan

terakhir sebelum menghadapi kejohanan sebenar.

Kejayaan ini telah menyuntik semangat pesilat untuk

terus berjuang dan meneruskan legasi kecemerlangan

sukan Silat di UPNM.

ATLET SUKAN LASAK CEMERLANG DI BROOKS

HALF-MARATHON 2014

Kelab Sukan Lasak UPNM telah menghantar seramai

50 orang atlet menyertai “Brooks Half-Marathon” yang

berlangsung di sekitar Kompleks Sukan Bukit Jalil

pada 9 Mac 2014.

Tiga (3) orang atlet UPNM telah berjaya mengungguli

di kedudukan teratas saingan larian bagi kategori

10km di mana Muhammad Farris Syaza telah

berjaya di kedudukan ke-3, Muhammad Faiq di

tempat ke-5 dan Luqman Hanis di tempat ke-9. Bagi

kategori 21km pula, Muhammad Tamizizulfika telah

mengungguli bagi acara tersebut di kedudukan ke-4

dan Amirul Asyraf di tempat ke-8.

Penyertaan ini dilihat banyak memberi impak kepada

atlet-atlet Sukan Lasak yang baharu dan pendedahan

ini membuka peluang kepada mereka untuk

mempertingkatkan lagi daya usaha dan latihan yang

tersusun untuk turut sama bersaing mengungguli

kejohanan-kejohanan larian atau Sukan Lasak di

masa hadapan.

TRIATHLON KENYIR 2014: ATLET SUKAN LASAK

UPNM BERI SAINGAN

Kelab Sukan Lasak UPNM telah menghantar

seramai 25 orang atlet untuk menyertai Cabaran

Triathlon Kenyir yang berlangsung di Pengkalan

Gawi, Tasik Kenyir Terengganu pada 14 hingga

16 Mac 2014. Pertandingan berasaskan kepada

3 disiplin cabaran iaitu berenang sejauh 1.8

km, berbasikal sejauh 45.0 km dan

berlari sejauh 11.0 km disahut oleh atlet-

atlet UPNM dengan keputusan yang

memberangsangkan. Kelab Sukan Lasak

UPNM telah mengesahkan penyertaan di

dalam kategori Individu Lelaki 18-25 tahun,

Individu Wanita 18-25 tahun, Relay Lelaki

dan Relay Campuran. Kedudukan terbaik

individu dicatatkan bagi atlet UPNM adalah

Syed Abdullah Bin Syed Mohamad yang

menduduki di tempat ke-7 kejohanan dan

Muhammad Faiq Bin Hashim di kedudukan

ke-8 bagi acara Individu Lelaki manakala

bagi acara berpasukan UPNM di tempat

ke-4 bagi acara Relay Lelaki dan Relay

Campuran.

Kelab Sukan Lasak UPNM telah menetapkan

matlamat dan sasaran untuk menghantar

sekurang-kurangnya 10 orang atlet terbaik ke

pertandingan IRONMAN pada setiap tahun

yang dianggap kejohanan utama Sukan

Lasak dunia. Sukan Lasak merupakan sukan

tumpuan UPNM dan merupakan salah satu

sukan yang diberi perhatian kerana sering

menempah nama di kejohanan-kejohanan

utama Sukan Lasak.