

Universiti pertahanan nasional malaysia
4
laporan tahunan 2014
4
44
A k t i v i t i d a n
P e n c a p a i a n M a h a s i s w a
7
SOROTAN AKTIVITI
Pesilat UPNM Rangkul
9 Emas, 4 Perak dan 2
Gangsa di Kejohanan
Pencak Silat Terbuka IPT
UKM
Pasukan Pencak Silat UPNM
telah menghantar pasukan
junior ke Kejohanan Pencak
Silat Terbuka IPT dan Jemputan
Antarabangsa (Taming Sari
VI) Universiti Kebangsaan
Malaysia 2014. UPNM telah
menyertai Kategori Terbuka
Institut Pengajian Tinggi (IPT)
yang melibatkan seramai 32
atlet. Kejohanan Pencak Silat
ini telah berlangsung di Dewan
Canselori Tun Abdul Razak
(DECTAR) Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) pada 26 hingga
30 Januari 2014. Kejohanan
ini merupakan penganjuran
kali ke-6 Pertubuhan Seni
Silat Gayong Malaysia UKM
dengan kerjasama Pusat
Sukan UKM dan Persekutuan
Silat Kebangsaan (PESAKA).
Penyertaan pasukan junior
ini adalah bertujuan untuk
pembangunan atlet-atlet
pelapis dan persediaan awal
ke Kejohanan Sukan Institusi
Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2014.
Sebelas (11) IPT telah
mengesahkan penyertaan
di dalam kejohanan ini yang
menawarkan hadiah Piala
Juara Keseluruhan dan wang
tunai sebanyak RM 2,000.00.
Pasukan junior UPNM sekali
lagi membuktikan kewibawaan
mereka dengan membawa
pulang 9 Emas, 4 Perak dan
2 Gangsa menerusi Acara
Silat Seni dengan kutipan 5
Emas dan Acara Silat Olahraga
mengutip 4 pingat Emas. Secara
keseluruhan Pasukan UPNM
telah mengungguli di kedudukan
ke-2 kejohanan dan kewibawaan
pasukan junior ini dilihat mampu
melangkah dengan lebih jauh
pada masa hadapan.
Penyertaan pada kali ini
memberikan impak yang begitu
positif dan hasil daripada
pendedahan tersebut telah
melahirkan pesilat-pesilat muda
UPNM yang semakin meningkat
serta menyerlah di kejohanan
dengan menyumbangkan pingat
kepada UPNM. Selain itu, pesilat
bagi Acara Silat Seni juga telah
menunjukkan kematangan
dalam pertempuran dan
dijangkakan bakal melakukan
kejutan pada kejohanan
Pencak Silat MASUM 2014
akan datang. Keputusan ini
juga merumuskan mutu sukan
persilatan di UPNM berada
di landasan yang tepat dan
usaha perlu dipergiatkan untuk
meningkatkan kegemilangan
sukan di UPNM.
UPNM di Kedudukan ke-15
Dari 104 IPT di SUKIPT II 2014
Kejohanan Sukan Institusi
Pengajian Tinggi (SUKIPT)
II 2014 telah berlangsung
pada 3 hingga 16 Februari
2014 bertempat di Universiti
Teknologi Mara (UiTM),
Shah Alam. Kejohanan ini
dianjurkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM)
dengan kerjasama Majlis
Sukan Universiti Malaysia
(MASUM) dan UiTM selaku
tuan rumah. 24 jenis sukan
telah dipertandingkan pada
kejohanan kali ini dan UPNM
telah mengesahkan penyertaan
bagi 14 jenis acara sukan iaitu
Bola Jaring, Bola Tampar,
Boling Padang, Hoki, Olahraga,