Previous Page  50 / 186 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 50 / 186 Next Page
Page Background

Universiti pertahanan nasional malaysia

4

laporan tahunan 2014

4

49

Kejohanan ini dianjurkan oleh

INTEC Education College

dengan kerjasama Newgen

Taekwondo Club. Kejohanan ini

mempertandingkan 2 kategori

iaitu Amatur dan Profesional

yang disertai oleh 9 IPT iaitu

UNITEN, UiTM Shah Alam, INTI

College, HELP College dan

beberapa Kelab Taekwondo.

Kelab Taekwondo UPNM telah

menghantar 2 pasukan Junior

dan Senior seramai 24 atlet

yang terdiri daripada 14 atlet

lelaki dan 10 atlet wanita. Atlet

junior menyertai kategori Amatur

manakala atlet senior menyertai

kategori profesional.

Bagi kategori Amatur

dibarisi atlet baharu (junior)

yang ingin diketengahkan,

manakala kategori profesional

dipertaruhkan atlet senior.

Penyertaan pada kali ini

lebih menumpukan kepada

pendedahan bagi atlet junior dan

menambah pengalaman bagi

atlet yang senior. Disamping itu

juga, ingin memantau barisan

atlet yang akan menggalas

cabaran Karnival MASUM

Fasa 2 pada November nanti.

Pasukan Junior telah membawa

balik 2 Emas 3 Perak dan 3

Gangsa.

Pasukan senior pula telah

menggondol 5 Emas, 2 Perak

dan 4 Gangsa. Keputusan

yang diraih amatlah positif dan

menunjukkan bahawa pasukan

Taekwondo mampu mencabar

di arena sukan Taekwondo IPT

yang lebih besar akan datang

khususnya pada MASUM Fasa

2 akan datang.

Keputusan keseluruhan

menyaksikan UPNM telah

dinobatkan sebagai Juara

Keseluruhan dengan pungutan

pingat keseluruhan 7 Emas, 5

A k t i v i t i d a n

P e n c a p a i a n M a h a s i s w a

7

Perak dan 7 Gangsa dengan

membawa balik Piala Juara

Keseluruhan. Penyertaan

kali ini yang bertujuan

pembangunan atlet Taekwondo

menampakkan hasil yang positif

kerana aksi atlet junior tidak

mengecewakan. Selain itu, atlet

senior juga tampak berbisa dan

mencabar atlet-atlet yang lebih

berpengalaman dari pasukan

IPT lain.

Keseluruhannya menyaksikan

prestasi yang meningkat telah

ditunjukkan. Walaupun atlet

yang dihantar pada penyertaan

ini terdiri daripada atlet-atlet

baru namun mampu mencabar

dan berani untuk berlawan.

Ini adalah kesinambungan

yang baik dalam usaha Pusat

Sukan UPNM merancang

pembangunan sukan di UPNM

dan meningkatkan pencapaian

pingat pada kejohanan utama

IPT akan datang.

CONSTRUCT CAMP SIRI 2

SATUKAN KELAB DI BAWAH

UKKA

Bertempat di Dusun Eco

Resort, Pahang, Unit

Kaunseling, Kerjaya & Alumni

(UKKA) telah menganjurkan

Program Construct Camp Siri

2 bersama dengan pimpinan-

pimpinan Kelab dan Persatuan

di bawah naungan UKKA.

Antara kelab yang menyertai

program yang bermula pada

28 Februari hingga 2 Mac

2014 tersebut ialah Kelab

Peer Leaders UPNM, Kelab

Fasilitator, Kelab PEMADAM,

Kelab Sekretariat Rakan Muda

(SRM), Kelab Penyayang, dan

Kelab Sekretariat Pencegahan

Rasuah. Program yang

berlangsung selama 3 hari

itu diadakan dengan objektif

untuk mengeratkan hubungan

antara pimpinan kelab-kelab,

memberi pendedahan kepada