

Universiti pertahanan nasional malaysia
4
laporan tahunan 2014
4
54
A k t i v i t i d a n
P e n c a p a i a n M a h a s i s w a
7
tempoh 9 jam ini ternyata
berjaya mencapai objektifnya.
Bukan sahaja mendapat respon
yang menarik malah program
ini juga memupuk sifat toleransi
dan kesukanan di antara ahli
GAPAI 13.
PELANCARAN ANUGERAH
HIJAU 2014
KUALA LUMPUR - Pada 6
Mac 2014 telah dilancarkan
Majlis Pelancaran Pertandingan
Anugerah Hijau 2014 buat
kali ke-6 yang dianjurkan
oleh “EcoKnights” di
White Box, Publika. Majlis
tersebut bertujuan untuk
mempromosikan pertandingan
dan memberi maklumat tentang
program-program kehijauan
yang bakal dilancarkan.
Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia telah menghantar
wakil pelajar ke majlis
pelancaran tersebut dan
Presiden “EcoKnights” Yasmin
Rasyid di dalam ucapannya
menggalakkan Mahasiswa
Mahasiswi IPTA dan IPTS
untuk menyertai secara aktif
di dalam program tersebut.
Majlis dirasmikan oleh Tuan
Haji Ibrahim Bin Ali, Pengarah
Pembangunan dan Hal Ehwal
Pelajar, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Anugerah ini membuka peluang
kepada golongan belia untuk
lebih komited terhadap alam
sekitar untuk menjadi lebih
kreatif dan inovatif di dalam
menguruskan pencemaran
alam sekitar, pembuangan
sisa tercemar, pemusnahan
hutan dan kesihatan kepada
manusia. Taklimat pertandingan
telah diberikan oleh Pengarah
Program “EcoKnights”.
Pertandingan ini mempunyai tiga
kategori iaitu “Green Fashion”,
“Green Film” dan akhir sekali
“Green Space”.