

Universiti pertahanan nasional malaysia
4
laporan tahunan 2014
4
47
A k t i v i t i d a n
P e n c a p a i a n M a h a s i s w a
7
FAKULTI KEJURUTERAAN (FKJ) UNGGULI SUKAF 2014
Pusat Sukan UPNM dengan kerjasama Akademi Latihan
Ketenteraan (ALK), Fakulti, Pusat Asasi, Majlis Perwakilan
Pelajar (MPP) dan Majlis Tertinggi Kolej Kediaman (MTKK) telah
menganjurkan Sukan Antara Fakulti (SUKAF) 2014 pada 3 hingga 12
Mac 2014 bertempat di sekitar fasiliti sukan UPNM. Sukan Antara
Fakulti (SUKAF) 2014 ini merupakan penganjuran kali kedua bagi
Pusat Sukan UPNM yang bertujuan untuk memupuk dasar 1UPNM
melalui acara sukan yang dipertandingkan.
Sukan-sukan yang dipertandingkan adalah Bola Tampar Lelaki, Bola
Jaring Wanita, Bola Sepak 9s Lelaki, Larian Terbuka, Badminton
Campuran, Sepak Takraw Lelaki dan Wanita.
Taklimat pengurus pasukan dan majlis undian telah diadakan pada
3 Mac 2014 bertempat di Dewan Bestari dan format pertandingan
adalah bermain secara liga bagi setiap acara sukan yang
dipertandingkan dan markah akan dikira secara keseluruhan bagi
menentukan pemenang bagi SUKAF 2014. Johan keseluruhan bagi
SUKAF 2014 telah dirangkul oleh Fakulti Kejuruteraan melalui jumlah
pungutan mata manakala keputusan mengikut acara adalah seperti
di Jadual 18.
BOLA TAMPAR
BOLA JARING
BOLA SEPAK 9S
LARIAN
BADMINTON
SEPAK TAKRAW
FAKULTI KEJURUTERAAN
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN
FAKULTI PERUBATAN DAN KESIHATAN PERTAHANAN
FAKULTI KEJURUTERAAN
FAKULTI KEJURUTERAAN
Johan
Sukan
Majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang SUKAF
2014 telah disempurnakan oleh Lt. Kdr. (B) Nik Ismail Rashed Bin
Che Ali, Pengarah Pusat Sukan UPNM. Penganjuran sebegini
dilihat sebagai satu medan atau platform untuk menarik minat
seluruh pelajar untuk bersukan sejajar dengan hasrat universiti
untuk melahirkan 1 sukan bagi 1 pelajar. Di samping itu juga,
penganjuran sebegini mampu memberikan pendedahan yang
menyeluruh dan peluang kepada pelajar untuk mengasahkan bakat-
bakat yang ada untuk diketengahkan. Dengan adanya komitmen
yang tinggi daripada semua pihak, matlamat Pusat Sukan untuk
membudayakan sukan di UPNM akan mampu dicapai dan secara
tidak langsung, penganjuran sukan sebegini mampu memupuk
semangat 1 UPNM di kalangan pelajar-pelajar di dalam kampus.
ATLET SUKAN LASAK UPNM CEMERLANG DI KEJOHANAN
IRONMAN “70.3” PUTRAJAYA
Kelab Sukan Lasak UPNM telah menghantar 5 atlet terbaik
bagi mewakili UPNM di Ironman “70.3”, Putrajaya pada 13 April
2014 yang lepas. Kejohanan sukan lasak ini telah berlangsung di
Millennium Monumen, Tasik Putrajaya.
Ironman “70.3” atau dikenali
sebagai Half Ironman
merupakan salah satu daripada
siri perlumbaan Triathlon utama
dunia anjuran World Triathlon
Corporation (WTC). Ironman
“70.3” merujuk kepada jumlah
jarak (113.0 km) yang meliputi
perlumbaan 1.2 batu (1.9 km)
bagi acara berenang, 56 batu
(90 km) acara berbasikal dan
13.1 batu (21.1 km) bagi acara
larian. Lima orang atlet UPNM
telah mengesahkan penyertaan
di dalam kategori lelaki terbuka
18-24 tahun.
Pencapaian atlet UPNM di
dalam kejohanan ini amat
membanggakan di mana
Pegawai Kadet Syed Abdullah
bin Syed Mohamad telah
mendapat tempat ke-2 dengan
catatan masa (05:20:42),
Pegawai Kadet Muhammad Aniq
bin Anuar di tempat ke-7 dengan
catatan masa (06:08:05),
Pegawai Kadet Muhammad Adib
bin Jamil ke-10 dengan catatan
masa (06:24:57), Pegawai Kadet
Jadual 18: Pencapaian Dalam Pertandingan SUKAF 2014