Previous Page  46 / 186 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 46 / 186 Next Page
Page Background

Universiti pertahanan nasional malaysia

4

laporan tahunan 2014

4

45

8

A k t i v i t i d a n

P e n c a p a i a n M a h a s i s w a

Taekwondo, Tenpin Boling,

Memanah, Menembak, Pencak

Silat, Ragbi 7’s, Renang,

Skuasy dan Sepak Takraw.

Kontinjen UPNM terdiri daripada

165 orang atlet diiringi 19

orang pegawai serta jurulatih.

Kejohanan SUKIPT II ini telah

dibahagikan kepada 2 fasa

di mana fasa pertama telah

diadakan pada 3 hingga 10

Februari 2014 manakala bagi

fasa kedua telah diadakan pada

10 hingga 16 Februari 2014.

UPNM telah berjaya memungut

3 pingat emas, 6 pingat

perak dan 7 pingat gangsa

melalui sukan Taekwondo,

sukan Pencak Silat dan sukan

Menembak. Fitriya binti Abu

Mansor telah mengungguli

acara Taekwondo bagi kategori

Fin Female, manakala sukan

Pencak Silat diungguli Mohd

Khaizul bin Yaakob dalam

kategori Putera I. Trio bagi acara

Menembak iaitu Siti Najwa binti

Rashid, Nur Syahirah binti Zulkifli

dan Nurul Hazwani binti Mazlan

telah mendahului kutipan bidikan

emas bagi acara 10 meter Air

Rifle Berpasukan Wanita.

Pasukan Ragbi telah

menunjukkan prestasi yang

membanggakan dengan

berjaya melangkah ke Final

Cup. Pasukan Ragbi telah

berjaya menundukkan

pasukan UiTM dan UIAM

namun tewas kepada pasukan

UPM yang merupakan Pusat

Kecemerlangan Sukan (PKS)

Ragbi. Pasukan Taekwondo

juga turut menyumbang 1

pingat perak, 3 pingat gangsa

manakala Pasukan Pencak

Silat menyumbang 2 pingat

perak, Pasukan Menembak

menyumbang 2 pingat

perak, 2 pingat gangsa dan

Pasukan Olahraga juga turut

menyumbang 2 pingat Gangsa.

Secara keseluruhan UPNM telah

berjaya menduduki tempat ke-

15 keseluruhan daripada 104

pasukan IPT yang bertanding.

Kedudukan ini dikira sebagai

pencapaian yang terbaik pernah

dicapai di sepanjang penyertaan

UPNM di Kejohanan SUKIPT II

2014.

UPNM SMOOKIES di Tempat

ke-2 Bowl di Kejohanan

Liga Ragbi Kesatuan

Ragbi Selangor 2014

Pasukan Ragbi UPNM

Smookies telah menyertai

Kejohanan Ragbi Liga KRS

pada 22 Mac 2014 hingga 4 Mei

2014. Kejohanan ini dikelolakan

oleh Kesatuan Ragbi Selangor

(KRS) di bawah naungan

Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM)

bertempat di padang ragbi

sekitar Lembah Klang dan

Universiti Pertahanan Nasional

Malaysia. UPNM Smookies

berjaya di tempat ke-2 bagi

kategori Bowl selepas tewas

kepada pasukan Storms dengan

keputusan 20 berbalas 15.

9 Emas, 2 Perak dan 1

Gangsa: UPNM Juara

Keseluruhan Kejohanan

Pencak Silat Terbuka IPT

Kejohanan Pencak Silat

Terbuka IPT dan Jemputan

Antarabangsa Universiti

Pendidikan Sultan Idris kali

ke-5 2014 telah berlangsung di

Dewan Ungku Omar Kampus

Sultan Azlan Shah pada 12

hingga 16 Mac 2014 yang

lalu. Pasukan Pencak Silat

UPNM telah telah menghantar

1 pasukan penyertaan dalam

Kategori Terbuka Institut

Pengajian Tinggi (IPT) di

mana melibatkan penyertaan

keseluruhan atlet seramai 27

orang yang terbahagi kepada 15

atlet lelaki dan 12 atlet wanita.