Table of Contents Table of Contents
Previous Page  53 / 66 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 53 / 66 Next Page
Page Background

PELAN STRATEGIK

PENGAJIAN TINGGI NEGARA

6.29 Dalam konteks di atas, tindakan perlu diambil untuk mengenal pasti satu atau dua

buah IPT bagi dijadikan Universiti Apex dalam tempoh satu atau dua tahun akan datang.

Universiti Apex ini perlu diberi autonomi dari segi kewangan, skim perkhidmatan,

pengurusan, pengambilan pelajar, pelantikan kakitangan, pensyarah dan kepimpinan

tertinggi serta penetapan yuran pengajian. Pemilihan pihak pengurusan tertinggi universiti

ini hendaklah dibuat berdasarkan merit calon dari dalam mahupun luar negara. Prestasi

universiti ini hendaklah berdasarkan sasaran KPI yang tinggi. Di samping itu, enrolmen

pelajar menggambarkan komposisi masyarakat majmuk di Malaysia dengan sekurang-

kurangnya 10 peratus pelajar antarabangsa pada peringkat awal. Universiti ini perlu

berdikari dari segi kewangan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Status Universiti Apex

dicapai apabila ia memenuhi kesemua kriteria kecemerlangan yang ditetapkan dan

mendapat penarafan antara yang tertinggi di peringkat antarabangsa.

6.30 Penubuhan IPT oleh kementerian selain daripada KPT yang

mengkhususkan bidang pengajian mengikut bidang tugas

kementerian yang berkaitan memerlukan kerjasama dan hubungan

yang rapat untuk memastikan program pengajian yang ditawarkan

berkualiti dan relevan. Pertukaran status Maktab Perguruan kepada

Institut Pendidikan Guru di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia

telah dapat menyediakan peluang yang lebih luas kepada guru untuk

melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Sementara itu

kenaikan taraf Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan

(ASWARA) di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan

Warisan kepada sebuah universiti telah menawarkan kursus di

peringkat ijazah akan menyumbang kepada perkembangan dan

kemajuan bidang seni tanah air. Namun demikian, trend penubuhan

universiti di bawah kementerian yang berbeza perlu penyelarasan dalam konteks

Kerangka Kelayakan Malaysia dan yang dapat memberikan keyakinan kepada awam

mengenai piawaian kriteria jaminan kualiti. Penyelarasan ini juga penting untuk

memastikan supaya bilangan enrolmen pelajar untuk sesuatu kursus tertentu bersesuaian

dengan permintaan dalam pasaran.

6.31 Dalam usaha memantapkan IPTS, konsolidasi dalam kalangan mereka digalakkan bagi

meningkatkan sinergi dan kekuatan untuk lebih berdaya saing. Keberkesanan IPTS dari

segi bilangan dan keupayaan mereka perlu dilihat semula supaya yang berdaya saing sahaja

dibenarkan untuk terus beroperasi. Manakala IPTS yang tidak berdaya saing dinasihatkan

Rajah 6.3:

Pembentukan Universiti Apex

101

100

Universiti Apex

Tersohor

Universiti rujukan/Penanda aras

Kemasukan pelajar melalui

penilaian menyeluruh

Paling kompetitif

Penyelidik bertaraf

Nobel Lauraette

Pensyarah terbilang

Universiti Elit

Penarafan dunia

Berdaya saing sangat tinggi

Kriteria kemasukan yang tinggi

Pensyarah gemilang

Penyelidik unggul

Universiti Kompetitif

Kemasukan sukar

Kepelbagaian pelajar

Berdaya saing tinggi

Pensyarah

Penyelidikan terkemuka