

PELAN STRATEGIK
PENGAJIAN TINGGI NEGARA
ix. Menyediakan latihan dalam aspek pengurusan dan kepimpinan di samping
menggalakkan amalan tadbir urus yang baik melalui program yang dilaksanakan di
AKePT.
x. Memberikan peluang kepada setiap Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor
untuk mengikuti kursus kepimpinan tersohor
(signature course)
di universiti
terkemuka di dunia.
xi. Mengkaji kaedah pelantikan pensyarah melalui skim perkhidmatan
tenure
di universiti
penyelidikan. Skim perkhidmatan
tenure
dipraktikkan di universiti dan kolej di
kebanyakan negara maju, khususnya di Amerika Utara. Skim ini boleh mendorong
pensyarah untuk meningkatkan prestasi dan mewujudkan
budaya kecemerlangan di kalangan tenaga akademik.
xii. Melaksanakan kaedah penganugerahan gelaran Profesor kepada
yang benar-benar layak berdasarkan kriteria akademik
(penerbitan dalam jurnal berimpak tinggi, jurnal antarabangsa,
citation,
penulisan bersama rakan sejawat luar negara),
berbanding dengan kenaikan pangkat berdasarkan prestasi kerja.
xiii. Menyediakan cuti sabatikal kepada pensyarah atau pengajar
politeknik dan kolej komuniti yang mempamerkan keunggulan
dan inovasi dalam amalan pengajaran dan pembelajaran.
xiv. Mempertingkatkan program kepakaran khas kepada ahli
akademik bagi kursus kritikal.
xv. IPTA dan IPTS menjalin kerjasama dalam membangunkan program latihan
perkembangan staf dengan kos yang rendah dan berpatutan. Di samping itu, IPTS
boleh menghantar staf mereka mengikuti pengajian di IPTA secara sepenuh masa
atau separuh masa.
Peningkatan budaya profesionalisme ahli akademik
6.39 Dalam usaha meningkatkan budaya profesionalisme di kalangan ahli akademik IPT, langkah-langkah berikut akan
dilaksanakan:
i.
Memantapkan skim perkhidmatan ahli akademik IPT, terutamanya pensyarah-pensyarah perubatan supaya
setanding dengan rakan sejawat mereka di Kementerian Kesihatan.
Di samping itu,
skim
perkhidmatan yang berasingan untuk penjawat daripada skim perguruan (DG) yang berada di KPT dan
pensyarah politeknik serta kolej komuniti akan diwujudkan. Perbincangan dengan agensi pusat mengenai
perkara ini telah dimuktamadkan,
ii.
Mengkaji dan menyemak semula skim perkhidmatan pengajian tinggi yang khusus untuk ahli akademik IPT untuk
menjadikan skim itu lebih kompetitif dengan memperkenalkan pakej perkhidmatan dan insentif untuk menarik
ahli akademik dan penyelidik terbaik dari dalam dan luar negara.
iii. Menggubal dasar dan menyelaraskan pelaksanaan program latihan kemahiran kepada ahli akademik dengan
memberikan penekanan kepada teknologi, teknikal dan vokasional.
iv. Menggiatkan pelaksanaan program Skim Latihan Akademik IPTA dan Skim Latihan Akademik Bumiputera untuk
pensyarah IPTA serta Skim Hadiah Latihan Persekutuan untuk pensyarah politeknik dan kolej komuniti ke arah
menambah bilangan pensyarah yang mempunyai kelayakan PhD.
v.
Melaksanakan program Anugerah Akademik Negara yang bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada
pensyarah IPTA yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Pada masa ini, anugerah diberikan kepada bidang
pengajaran, penyelidikan, penerbitan, seni kreatif dan kreativiti serta kepimpinan akademik.
vi. Melaksanakan Anugerah
Fellowship
(Pengajaran dan Pembelajaran) Pengajian Tinggi bagi menghargai pensyarah
yang mencapai tahap cemerlang dalam amalan pengajaran dan pembelajaran.
vii. Memantapkan program latihan pengajaran dan pembelajaran secara berterusan bagi meningkatkan kualiti tenaga
akademik di IPT. Di samping itu, program latihan dan pembangunan yang lebih kerap akan dilaksanakan untuk
staf bukan akademik seperti pegawai pentadbiran, juruteknologi makmal dan sokongan.
viii. Meneruskan dasar dan pelaksanaan program sangkutan pensyarah IPT ke industri bagi meningkatkan kompetensi
mereka dan skim pengambilan pensyarah industri bagi membolehkan para profesional yang bekerja dalam
industri terlibat dalam pendidikan di IPT. Untuk menyelaraskan program ini peranan pegawai perhubungan
IPT–industri di semua IPT akan dimantapkan.
107
106