Table of Contents Table of Contents
Previous Page  61 / 66 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 61 / 66 Next Page
Page Background

PELAN STRATEGIK

PENGAJIAN TINGGI NEGARA

RUJUKAN

Bank Dunia dan Unit Perancang Ekonomi, 2007.

‘Malaysia and the Knowledge Economy:

Building a World-Class System of Higher Education’ EPU dan World Bank.

Department of Education, Science and Training,Australia, 2003.

Our Universities. Backing

Australia’s Future. Commonwealth of Australia. Retrieved 12 May 2007 online at

http://www.backingaustraliasfuture

.

gov.au/

Higher Education Funding Council for England, 2006.

HEFCE Strategic Plan 2006-2011.

Retrieved 12 April 2007 online at

http://www.hefce.ac.uk/pubs/hefce

/2006 /06_13/06_13.pdf

Jabatan Perdana Menteri, 1991.

Wawasan 2020. Percetakan Nasional Berhad.

Kementerian Kewangan, 2002.

Pelan Induk K-Ekonomi. Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan.

Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.

Putrajaya: Kementerian Pelajaran.

Kementerian Pengajian Tinggi, 2006.

Laporan Jawatankuasa Mengkaji, Menyemak Dan Membuat

Perakuan Tentang Perkembangan Dan Hala Tuju Pengajian Tinggi Malaysia : Langkah-langkah ke

Arah Kecemerlangan. Shah Alam, Selangor : UPENA, UiTM

Kementerian Pengajian Tinggi, 2007.

Dokumen Transformasi Pengajian Tinggi Malaysia. Shah

Alam, Selangor. UPENA, UiTM

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian, 2006.

Pelan Induk Perindustrian Ketiga (2006-2015). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia

Berhad.

Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, 2006.

National Survey of Research & Development,

2006 Report. Putrajaya: Malaysian Science and Technology Information Centre (MASTIC),

MOSTI

Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi, 2005.

Biotechnology for Wealth Creation and Social

Well-being.The Way Forward. Putrajaya: MOSTI.

Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi, 2004.

Dasar Sains dan Teknologi Negara Kedua

2006-2015. Putrajaya: Malaysian Science and Technology Information Centre (MASTIC), MOSTI.

Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, 2001.

Rangka Rancangan Jangka Panjang

Ketiga (2001-2010). Putrajaya: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Unit Perancang Ekonomi. Jabatan Perdana Menteri, 2006.

Rancangan Malaysia Kesembilan

2006-2010. Putrajaya: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

KESIMPULAN

10.1 Sistem pengajian tinggi di Malaysia dan di kebanyakan negara mengalami perubahan yang pesat, terutamanya bagi memenuhi

tuntutan globalisasi terhadap peluasan akses pendidikan tertiari, keperluan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan

pembelajaran, kepelbagaian penyampaian perkhidmatan, perubahan dalam kaedah pembiayaan dan pelaburan dalam pengajian

tinggi. Dalam era globalisasi, persaingan menjadi begitu sengit bagi mendapatkan pelajar yang berkualiti untuk menyambung

pelajaran ke IPT dan untuk menarik pelajar antarabangsa menyambungkan pelajaran ke negara ini. Perkembangan ICT

meningkatkan mobiliti pelajar dan penyebaran maklumat secara meluas bagi membolehkan orang ramai membuat perbandingan

secara menyeluruh ke atas keberkesanan sesuatu program pengajian dan institusi pengajian tinggi yang berkualiti.Corak pengajaran

dan pembelajaran juga turut berkembang daripada cara konvensional (kehadiran pelajar secara sepenuh masa) kepada

kepelbagaian kaedah pembelajaran seperti pendidikan jarak jauh, pembelajaran separuh masa, pembelajaran melalui kemudahan

elektronik, sistem kemasukan terbuka dan sebagainya.

10.2 Pelan Strategik ini bermatlamat untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama dan menjadikan Malaysia sebagai hab

kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa melalui empat fasa pelaksanaan iaitu peletakan asas (2007–2010),pemerkasaan dan

peningkatan (2011–2015), kecemerlangan (2016–2020) serta kegemilangan dan kelestarian pengajian tinggi (melangkaui tahun

2020). Untuk merealisasikan matlamat pelan ini, maka tujuh teras strategik dirangka bagi menangani cabaran pengajian tinggi

negara, iaitu akses dan ekuiti yang semakin meningkat, kualiti pengajaran dan pembelajaran, aktiviti penyelidikan dan inovasi,

pemerkasaan IPT, pengantarabangsaan, pembelajaran sepanjang hayat dan pengukuhan sistem penyampaian KPT.

10.3 Kejayaan Pelan Strategik ini, amat bergantung pada sistem pelaksanaan dan pemantauan yang mantap. Pemantauan akan diadakan

secara berkala dan dibuat penambahbaikan pada setiap peringkat pelaksanaan supaya sasaran yang ditetapkan tercapai. Pertama,

peletakan asas transformasi perlu berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran yang ditentukan. Melalui pelan tindakan,

aktiviti peningkatan dan pemerkasaan akan dilaksanakan bagi menuju kecemerlangan pengajian tinggi. Kejayaan pada peringkat

transformasi akan menentukan kegemilangan dan kelestarian pengajian tinggi melangkaui tahun 2020. Pelan Strategik ini penting

bukan sahaja kepada penggubal dasar tetapi kepada pelbagai pihak yang mempunyai kaitan dengan pengajian tinggi termasuk pihak

berkepentingan,pelajar,ibu bapa,institusi dalam dan luar negara yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan pengajian

tinggi di Malaysia.

10.4 Pelan Strategik ini mengambil kira cabaran semasa dan akan datang sebagai suatu landasan untuk memartabatkan sistem pengajian

tinggi negara. Sistem yang berkualiti berupaya membentuk modal insan minda kelas pertama yang mampu menggunakan

pengetahuan secara proaktif, kreatif dan inovatif serta mahir dalam bidang teknikal dan pengurusan bagi menangani persekitaran

global yang dinamik. Modal insan yang dibangunkan akan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan kekayaan negara

serta sejagat. Disamping itu, penubuhan Universiti Apex di Malaysia turut memberi sumbangan signifikan kepada perkembangan

ilmu di peringkat global. Ini membolehkan institusi pengajian tinggi akan lebih berdaya saing dan menjadikan Malaysia sebagai hab

kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa.

159

158