Table of Contents Table of Contents
Previous Page  55 / 66 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 55 / 66 Next Page
Page Background

PELAN STRATEGIK

PENGAJIAN TINGGI NEGARA

iv. Menetapkan piawaian kursus pengajian berdasarkan MQF yang setanding dengan

piawaian antarabangsa bagi memastikan jaminan kualiti program kursus yang

ditawarkan mendapat keyakinan dan pengiktirafan antarabangsa. Wakil daripada

IPTS, badan profesional dan pihak industri dijemput menganggotai panel penilai

akreditasi selain wakil IPTA.

v.

Memastikan penggunaan sumber yang lebih berkesan dan efektif dengan memperkenalkan

mekanisme pengagihan peruntukan berdasarkan pencapaian dan prestasi. Keutamaan

perbelanjaan ditentukan sendiri oleh universiti yang diberi autonomi.

vi. Menyediakan garis panduan penubuhan entiti pengkomersialan bagi memastikan

akauntabiliti dan ketelusan pengurusan pengkomersialan hasil

R&D.

vii. Menjalin kerjasama dan rantaian yang rapat antara politeknik dan

kolej komuniti dengan universiti berfokus bagi menyediakan

laluan alternatif kepada pelajar yang mengikuti kursus berbentuk

teknikal peringkat sijil dan diploma untuk memasuki universiti.

Penjanaan sumber pendapatan IPTA

6.38 Dalam usaha memantapkan sumber pendapatan IPTA, langkah-

langkah berikut akan dilaksanakan:

i.

Meneroka kaedah pembiayaan alternatif yang lebih luas tanpa

mengabaikan tanggungjawab kepada akses dan ekuiti dengan

mengenal pasti dan mempelbagaikan saluran sumber kewangan tambahan termasuk

daripada alumni dan kursi endowmen seperti yang dilakukan oleh IPT bertaraf dunia.

Ini adalah untuk memastikan menjelang tahun 2020, universiti berfokus dan

komprehensif dapat menjana 25 peratus bagi perbelanjaan mengurus dan 5 peratus

perbelanjaan pembangunan daripada peruntukan tahunan bagi menampung

keperluan perbelanjaannya. Manakala Universiti Penyelidikan dijangka menjana

sekurang-kurangnya 30 peratus bagi perbelanjaan mengurus dan 10 peratus bagi

perbelanjaan pembangunan untuk dipertimbangkan kuasa autonomi oleh kerajaan.

PELAN TINDAKAN MENJELANG TAHUN 2020

Menaik taraf satu atau dua buah IPT kepada Universiti Apex

6.36 Dalam usaha mewujudkan satu atau dua buah Universiti Apex bertaraf dunia di kalangan IPT sedia ada, langkah-

langkah berikut akan dilaksanakan:

i.

Satu jawatankuasa khas akan dibentuk untuk menyelaras dan menyediakan kriteria, struktur dan garis panduan

bagi merealisasikan penubuhan Universiti Apex dalam satu atau dua tahun.

ii.

Satu dasar dan prosedur khusus untuk Universiti Apex akan digubal yang merangkumi tadbir urus, kewangan,

skim perkhidmatan pensyarah dan hal ehwal pelajar.

iii. Penanda arasan kualiti Universiti Apex terhadap universiti-universiti terkemuka di dunia secara berkala

dilaksanakan supaya sentiasa berdaya saing global.

Pemantapan struktur tadbir urus IPT

6.37 Dalam usaha memantapkan struktur tadbir urus IPT, langkah-langkah berikut akan dilaksanakan:

i.

Memperjelas peranan Lembaga Pengarah Universiti, Naib Canselor dan Senat melalui pindaan AUKU untuk

meningkatkan autonomi.

ii.

Memantapkan dasar dan prosedur pelantikan pengurusan tertinggi universiti dengan penubuhan Jawatankuasa

Pemilih bagi memastikan ketelusan dalam pemilihan calon yang bersesuaian. Mereka akan diberi Petunjuk-

Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang dinilai dan disemak secara tahunan. Pengukuhan kepimpinan dan akauntabiliti

universiti melalui pelantikan Naib Canselor universiti secara terbuka, yang mana sesuai bagi mendapatkan calon

yang terbaik berasaskan pencapaian cemerlang akan dilaksanakan.

iii. Memperteguh IPTS sedia ada terutama yang kurang berupaya dengan mekanisme penggabungan berdasarkan

kriteria tertentu bagi mencapai saiz optimum, kualiti yang ditetapkan dan memudahkan perkongsian sumber. Di

samping itu, mekanisme pemberian lesen baru penubuhan IPTS akan diperketat bagi memastikan hanya IPTS

berkredibiliti dengan kemampuan pelaburan yang tinggi sahaja diluluskan untuk beroperasi.

105

104