

PELAN STRATEGIK
PENGAJIAN TINGGI NEGARA
6.13 Pada tahun 2006, terdapat lebih 20,000 orang pensyarah di IPTA. Daripada jumlah ini,
mereka yang mempunyai PhD adalah 25 peratus.Walau bagaimanapun, lebih 60 peratus
daripada jumlah pensyarah di UPM dan USM memiliki PhD, manakala UiTM dan
beberapa universiti baru ditubuhkan mempunyai bilangan pensyarah yang mempunyai
kelayakan PhD kurang 20 peratus. Selaras dengan matlamat untuk terus meningkatkan
kualiti pensyarah, kerajaan telah menetapkan supaya menjelang tahun 2010,60 peratus
daripada bilangan pensyarah IPTA perlu memiliki PhD dan setaraf dengannya. Bagi
maksud ini, peruntukan sebanyak RM1.2 bilion telah disediakan di bawah RMKe-9 untuk
melatih seramai 6,300 orang pensyarah di peringkat PhD di bawah Skim Latihan
Akademik IPTA (SLAI). Namun demikian, bagi tahun 2006, bilangan yang memanfaatkan
biasiswa hanyalah 60 peratus daripada jumlah yang diperuntukkan.
6.14 Dasar membenarkan penglibatan pensyarah IPT dalam industri telah
diperkenalkan dengan tujuan memberi pendedahan dan pengalaman
sebenar yang berkaitan dengan bidang kesarjanaan mereka. Program
Sangkutan ke Industri selama tiga (3) hingga enam (6) bulan bagi
pensyarah politeknik dan kolej komuniti telah dimulakan sejak tahun
1999. Tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk memberikan
pendedahan industri kepada tenaga pengajar bagi memantapkan
pengetahuan dan pengalaman serta mengikuti perkembangan
semasa mengenai teknologi terkini bersesuaian dengan keperluan
kursus.
6.15 Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKePT) akan ditubuhkan
pada akhir tahun 2007 untuk menyediakan latihan dalam aspek
pengurusan dan kepimpinan di samping menggalakkan amalan tadbir
urus yang baik. AKePT berperanan meningkatkan kemahiran kepimpinan pengurusan
tertinggi IPT di samping mewujudkan budaya profesionalisme dan kualiti serta
menambah baik aspek pedagogi di kalangan para pensyarah. Walau bagaimanapun,
beberapa program kepimpinan AKePT telah dilaksanakan dengan tujuan untuk
melahirkan kepimpinan IPT yang berkesan dan tenaga pengajar yang dapat menghayati
aspek kecemerlangan dan inovasi.
Penjanaan pendapatan IPTA
6.09 Secara purata, IPTA mendapat peruntukan kerajaan sebanyak 90 peratus sebagai sumber pendapatannya untuk
membiayai kos operasi tahunan. Baki 10 peratus sumber pendapatannya terdiri terutamanya daripada yuran pengajian
yang dikenakan kepada pelajar.Walau bagaimanapun, terdapat beberapa universiti seperti UUM, UM, UKM, UTM, UPM
dan USM yang mempunyai sumber pendapatan dalaman melebihi 15 peratus. Selaras dengan dasar kerajaan untuk
menggalakkan universiti berdikari dan menjana pendapatan sendiri, maka IPTA dibenarkan menubuhkan syarikat induk
untuk menjalankan aktiviti perniagaan melalui pengkomisian hasil penyelidikan. Jumlah peruntukan tahunan untuk
perbelanjaan operasi bagi IPTA melebihi RM6 bilion bagi tahun 2007 dan akan terus meningkat berikutan penubuhan
beberapa universiti baru serta penarafan empat universiti sebagai universiti penyelidikan.
Peningkatan budaya profesionalisme ahli akademik
6.10 Dalam usaha memperkukuh keupayaan dan kewibawaan IPT, kualiti tenaga akademik dan bukan akademik telah
dipertingkatkan dengan menggalakkan pensyarah melanjutkan pengajian di peringkat PhD dan pasca kedoktoran. Di
samping itu, latihan-latihan dan kursus-kursus yang berkaitan disediakan kepada semua staf secara berterusan. Selain
itu, nisbah bilangan pensyarah terhadap pelajar adalah setara dengan amalan terbaik antarabangsa, khususnya dalam
bidang-bidang kritikal seperti perubatan, pergigian dan farmasi, serta bidang-bidang kejuruteraan dan seni bina.
6.11 Sebagai sebuah badan berkanun, IPTA tertakluk pada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam. Sistem Saraan Malaysia
(SSM) yang diperkenalkan pada tahun 2002 bagi menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB) terus menyediakan syarat
dan terma perkhidmatan yang terbaik dalam perkhidmatan awam. Ini memandangkan Skim Pensyarah Universiti
membenarkan kenaikan pangkat pensyarah tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan hingga ke gred khas A.
Dalam pada itu, pensyarah juga dibenarkan menjalankan kerja-kerja perundingan dan mendapat perkongsian royalti
daripada pengkomersialan hasil penyelidikan sehingga 80 peratus. Mereka juga diberi peluang untuk meneruskan
pengajian di peringkat yang lebih tinggi di samping mempunyai peluang untuk mengambil cuti sabatikal bagi
menjalankan penyelidikan. Sungguhpun pensyarah tertakluk kepada umur persaraan 56 tahun pada masa ini, tetapi
pada amalannya, pensyarah dibenarkan menyambung perkhidmatan secara kontrak sehingga berumur 65 tahun.
Walau bagaimanapun, skim perkhidmatan pensyarah politeknik dan kolej komuniti masih bergantung kepada
kekosongan jawatan dan terikat dengan skim perkhidmatan perguruan di Kementerian Pelajaran Malaysia.
6.12 Kerajaan juga membenarkan IPTA melantik pensyarah secara kontrak
(contract for service)
berdasarkan keperluan
kepakaran dengan imbuhan yang kompetitif bagi mendapatkan pakar dan sarjana yang terbaik. Di samping itu,
jawatan pegawai kerjaya diwujudkan bagi membantu kesepadanan graduan dengan pasaran kerja, tinjauan pasaran
kerja serta memantau dan menilai kualiti graduan dan IPT dari segi pasaran kerja.
95
94