

Universiti Penyelidikan
CIRI-CIRI
i.
Universiti Malaya
ii.
Universiti Sains Malaysia
iii.
Universiti Kebangsaan Malaysia
iv.
Universiti Putra Malaysia
Universiti Komprehensif
i.
Universiti Teknologi MARA
ii.
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
iii.
Universiti Malaysia Sabah
iv.
Universiti Malaysia Sarawak
Universiti Berfokus
i.
Universiti Teknologi Malaysia
ii.
Universiti Utara Malaysia
iii.
Universiti Pendidikan Sultan Idris
iv.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
v.
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
vi.
Universiti Malaysia Perlis
vii.
Universiti Malaysia Terengganu
viii.
Universiti Malaysia Pahang
ix.
Universiti Sains Islam Malaysia
x.
Universiti Darul Iman Malaysia
xi.
Universiti Malaysia Kelantan
xii.
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
PELAN STRATEGIK
PENGAJIAN TINGGI NEGARA
PENDAHULUAN
6.01 Sebagai gedung ilmu, IPT memberikan sumbangan yang signifikan kepada kemajuan sosioekonomi negara dan
pembangunan modal insan. Pada masa ini, IPTA dan IPTS telah berkembang dengan pesatnya dengan pertambahan
bilangan pelajar dan pelbagai program pengajian. Seiring dengan perkembangan globalisasi, IPT perlu mempunyai
daya saing dan daya tahan supaya dapat berada dalam kelompok universiti terbaik dunia. Usaha meningkatkan
keupayaan IPT akan berterusan untuk melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya dengan lebih cekap, telus dan
berkesan ke arah mewujudkan sistem pengajian tinggi yang cemerlang. Bagi tujuan tersebut, satu atau dua buah
universiti apex daripada kalangan IPT akan dibentuk dalam tempoh terdekat. Menjelang tahun 2020, sekurang-
kurangnya tiga (3) IPT diiktiraf di antara 100 universiti dan satu antara 50 universiti terkemuka di dunia. Di samping
itu, IPTA mempunyai sekurang-kurangnya 75 peratus tenaga akademik yang mempunyai PhD serta semua IPTA
diberi kuasa autonomi apabila mencapai sasaran penjanaan pendapatan yang ditetapkan.
STATUS SEMASA
Pemantapan struktur tadbir urus IPT
6.02 Sistem pengajian tinggi perlu memastikan IPT membina reputasi dengan mempunyai keupayaan yang dinamik,
berdaya saing, mampu meramal cabaran mendatang dan bersedia bertindak secara berkesan. Antara ciri IPT
terkemuka dunia ialah kejayaan menarik dan mengekalkan ahli akademik terbaik yang dapat menyumbang secara
signifikan kepada kemajuan penyelidikan, menghasilkan siswazah yang dapat menguasai dan mengamalkan ilmu yang
dipelajari demi kemajuan masyarakat setempat, negara dan sejagat. Di samping itu, nisbah pensyarah dengan pelajar
adalah pada kadar yang bersesuaian bagi menjamin kualiti pengajian yang ditawarkan oleh IPT.
6.03 Universiti awam di Malaysia dikategorikan kepada tiga kumpulan, iaitu universiti penyelidikan, universiti berfokus
(teknikal, pendidikan, pengurusan dan pertahanan) dan universiti komprehensif. Sehingga kini, terdapat 20 buah IPTA
(yang ditubuhkan di bawah AUKU 1971) yang terdiri daripada empat universiti penyelidikan, empat universiti
komprehensif dan dua belas lagi adalah universiti berfokus. Ciri bagi ketiga-tiga kumpulan ini adalah seperti
Rajah
6.1
. Universiti penyelidikan memberikan lebih tumpuan kepada bidang penyelidikan, universiti berfokus tertumpu
kepada bidang khusus berkaitan dengan penubuhannya sementara universiti komprehensif menawarkan pelbagai
kursus dan bidang pengajian.
91
90
• Bidang Pengajian
berfokuskan penyelidikan
• Kemasukan kompetitif
• Pensyarah berkualiti
• Nisbah siswazah dan
pascasiswazah 50:50
• Pelbagai Bidang Pengajian
• Kemasukan kompetitif
• Pensyarah berkualiti
• Nisbah siswazah dan
pascasiswazah 70:30
• Bidang Pengajian
berfokus
• Kemasukan kompetitif
• Pensyarah Berkualiti
• Nisbah siswazah dan
pasca siswazah 70:30
Rajah 6.1:
Kategori IPTA