

Peningkatan prasarana IPT
6.16 Mengikut Draf Laporan Bank Dunia 2007, prasarana IPT berada pada tahap yang baik. Ini termasuklah kampus yang
indah, kemudahan yang mencukupi, perpustakaan serta teknologi canggih bagi menyokong pengajaran dan
pembelajaran serta penyelidikan.
“Most universities have excellent infrastructure, and sophisticated technology
to support the teaching and research missions of the institutions.”
Laporan
World Bank, Malaysia and the Knowledge Economy:
Building a World-Class Higher Education System. 2007
, muka surat 23.
6.17 Dari segi prasarana ICT, satu kajian pelan induk ICT IPTA telah disiapkan dan tujuan kajian ini antaranya untuk menilai
kemudahan ICT yang ada di semua IPTA dengan harapan supaya satu tahap piawaian yang sama boleh diguna pakai
untuk semua. Berdasarkan hasil kajian yang dijalankan, didapati bahawa kemudahan ICT di IPTA mencukupi walaupun
aspek tertentu boleh dipertingkatkan. Dalam hal ini, bagi politeknik dan kolej komuniti, kemudahan ICT adalah juga
mencukupi. Di kebanyakan universiti, bangunan pentadbiran, bilik kuliah, makmal dan bilik pensyarah dihubungkan
dengan rangkaian komunikasi terkini.
6.18 Setiap IPTA mempunyai laman web masing-masing dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang boleh diakses
ke seluruh dunia. Beberapa IPTA (UiTM dan UMP) mempunyai laman web antara yang terbaik di negara ini
berdasarkan kajian laman web yang dijalankan oleh MDeC pada tahun 2005. Pangkalan data Direktori Kepakaran
Akademik IPTA yang berperanan untuk menyimpan dan menghebahkan maklumat tentang sarjana Malaysia yang
mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang keutamaan tertentu juga telah dilancarkan pada 1 Mac 2007.
Peranan IPTS
6.19 Peranan IPTS penting dalam perkembangan pengajian tinggi negara dari segi penyediaan peluang pengajian,
penjimatan pertukaran wang asing dan sumbangan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian
tinggi antarabangsa. Berikutan keputusan kerajaan untuk mendemokrasikan pengajian tinggi dengan pelaksanaan Akta
IPTS (1996), maka lebih banyak IPTS telah diberi kelulusan penubuhan. Seiring dengan perkembangan IPTA, IPTS
juga telah berkembang dengan pesat dan telah dapat menyediakan tempat bagi menampung pertambahan bilangan
pelajar pengajian tinggi. Kursus-kursus pengajian yang ditawarkan adalah di peringkat sijil, diploma dan ijazah dalam
pelbagai bidang seperti perniagaan, kejuruteraan, komunikasi, komputer, teknologi maklumat, kesihatan bersekutu,
perubatan, farmasi dan lain-lain. Di samping itu, IPTS juga menjalankan program pengajian dengan kerjasama universiti
awam tempatan dan dengan universiti di United Kingdom, USA, Australia, New Zealand dan Perancis.
PELAN STRATEGIK
PENGAJIAN TINGGI NEGARA
6.20 Program kerjasama ini dijalankan melalui Program Berkembar, Program Pindahan Kredit,
Program Pengiktirafan Luar, Program Francais dan Program Profesional. Melalui program
ini pelajar perlu menamatkan peringkat akhir pengajian mereka di universiti di negara
berkenaan. Sebagai contoh, program berkembar (2+2) memerlukan pelajar memulakan
pengajian selama dua tahun di negara ini dan selepas itu menyambung pengajian dua
tahun terakhir di universiti luar negara. Di samping memberi pendedahan pengajian di
luar negara, program pengajian sedemikian dapat juga menarik pelajar asing untuk belajar
di Malaysia.
6.21 Pendemokrasian pengajian tinggi pada separuh kedua dekad 1990-an turut memberikan
peluang kepada penubuhan IPTS Bumiputera. Pada masa ini, terdapat lebih 180 IPTS
Bumiputera dan daripada jumlah ini, empat buah bertaraf universiti
dan kolej universiti (UNITAR, KUTPM, Kolej UniversitiTwintech dan
Kolej Universiti Cosmopoint). Hampir semua IPTS Bumiputera
termasuk yang bertaraf universiti menjalankan kursus IPTA secara
francais. Di samping itu, terdapat 34 IPTS Bumiputera yang dilantik
sebagai kolej bersekutu UiTM dan menjalankan kursus tertentu
UiTM di peringkat diploma, selain kursus-kursus IPTA secara francais.
Namun demikian, enrolmen pelajar di IPTS Bumiputera secara
puratanya adalah kecil berbanding dengan IPTS Bukan Bumiputera
yang berjaya.
6.22 Suatu sistem penarafan dan pemeringkatan perlu diwujudkan bagi
IPT, meliputi IPTA dan IPTS. Usaha yang telah dibuat melalui kajian
yang dijalankan oleh LAN boleh dijadikan asas dan perlu menjurus
kepada pewujudan satu sistem penarafan Malaysia yang
mengelompokkan universiti/kolej universiti mengikut kriteria yang telah ditetapkan.
Sistem penarafan ini penting supaya reputasi sesebuah IPT tidak semata-mata bergantung
kepada sistem penarafan dan pemeringkatan yang di buat oleh pihak luar dan telah
mewujudkan kontroversi yang tidak menggalakkan.
97
96