Table of Contents Table of Contents
Previous Page  46 / 66 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 46 / 66 Next Page
Page Background

PELAN STRATEGIK

PENGAJIAN TINGGI NEGARA

ii.

Membangunkan infrastruktur pengkomersialan di setiap IPT tempatan dengan mewujudkan Pusat

Hubungan Industri, Pusat Sehenti Inovasi, Pengurusan Harta Intelek, Paten dan Pelesenan Teknologi serta

Pusat PemindahanTeknologi di setiap IPT. Menubuhkan Pusat Sehenti R&D&C di kementerian untuk berfungsi

bagi memasarkan hasil penyelidikan IPTA.

iii.

Mewujudkan Institut Penyelidikan, Inovasi dan Pembangunan Keusahawanan dalam Pendidikan Teknikal dan

Vokasional untuk menerajui dan melaksanakan kegiatan penyelidikan, inovasi dan keusahawanan dalam

pendidikan teknikal dan vokasional.

FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN

5.28 Bagi mencapai sasaran menjelang tahun 2020, sekurang-kurangnya enam (6) buah universiti mencapai Petunjuk

Prestasi Universiti Penyelidikan. Di samping itu, untuk meningkatkan kedudukan Indeks Keupayaan Inovasi, negara

perlu menyasarkan 100 orang penyelidik bagi setiap 10,000 tenaga kerja. Faktor-faktor kritikal akan diberi perhatian

adalah seperti berikut:

• Dana penyelidikan yang mencukupi sehingga dua (2) peratus KDNK disediakan secara berterusan.

• Penyertaan dan kerjasama dari pihak industri dan berkepentingan digalakkan dalam membiayai aktiviti

penyelidikan.

• Persediaan prasarana penyelidikan yang terkini serta sumber tenaga yang terlatih.

• Pihak industri dapat mengkomersialkan hasil penyelidikan IPT.

5.29 Peringkat transformasi bagi memperteguhkan penyelidikan dan inovasi adalah seperti dalam

Rajah 5.1

.

87

86

Fasa 4:

Melangkaui 2020

Kegemilangan

dan kelestarian

Fasa 3: 2016-2020

Kecemerlangan

Fasa 2: 2011-2015

Peningkatan

dan pemerkasaan

Fasa 1: 2007-2010

Peletakan asas

• 21 RSE bagi setiap

10,000 pekerja

• 4 Universiti Penyelidikan

• 3% hasil penyelidikan

dikomersialkan

• 3 Pusat Kecemerlangan bertaraf antarabangsa

• Budaya inovasi dan kreativiti pelajar

Kegemilangan

penyelidikan dan

inovasi

100 RSE bagi setiap 10,000

tenaga pekerja

10% hasil penyelidikan

dikomersialkan

20 Pusat Kecemerlangan

bertaraf antarabangsa

6 Universiti Penyelidikan

70 RSE bagi setiap 10,000

tenaga pekerja

8% hasil penyelidikan

dikomersialkan

10 Pusat Kecemerlangan

bertaraf antarabangsa

50 RSE bagi setiap 10,000

tenaga pekerja

5% hasil penyelidikan

dikomersialkan

5 Pusat Kecemerlangan

bertaraf antarabangsa

Daya saing dan

Daya tahan Global

Transformasi

Pengajian Tinggi

Pelan Tindakan

Transformasi

Rajah 5.1

Penyelidikan dan Inovasi

PENUTUP

5.30 Sumbangan IPT yang besar dalam bidang penyelidikan telah menggerakkan sistem inovasi

kebangsaan.Namun untuk memartabatkan Malaysia dalam bidang penyelidikan dan Inovasi,KPT

mensasarkan sekurang-kurangnya enam (6) buah universiti mencapai Petunjuk Prestasi

Universiti Penyelidikan dan negara mempunyai nisbah 100 penyelidik bagi setiap 10,000

penduduk serta 20 pusat kecemerlangan menjelang tahun 2020. Nisbah ini penting untuk

melonjakkan pembangunan sumber manusia bagi menghadapi cabaran k-ekonomi dan

meningkat daya saingan negara.Aktiviti R&D yang giat dilaksanakan oleh IPT amat berpotensi

sama ada untuk dikomersilkan atau diterapkan sebagai amalan yang secara tidak langsung akan

meningkatkan produktiviti dan kemakmuran negara.