

PELAN STRATEGIK
PENGAJIAN TINGGI NEGARA
Rajah 6.2:
Struktur Organisasi Universiti Awam
6.08 Pengerusi dan ahli-ahli LPU dilantik oleh Y.B. Menteri berdasarkan kuasa yang
diperuntukkan di dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 1973 (AUKU).Y.B. Menteri
PengajianTinggi juga melantik Naib Canselor berdasarkan perakuan Jawatankuasa Carian
(Search Committee)
yang ditubuhkan oleh kementerian. Sementara itu, pelantikan
Timbalan Naib Canselor dibuat berdasarkan perakuan kepada Y.B. Menteri oleh
Jawatankuasa Pemilihan yang dibentuk oleh kementerian. Jawatankuasa Pemilihan ini
dipengerusikan oleh Pengerusi LPU. Kaedah pelantikan Naib Canselor danTimbalan Naib
Canselor yang diamalkan pada masa ini merupakan langkah menambah baik untuk
memberikan ketelusan dari segi proses pemilihan, di samping memungkinkan pemilihan
calon yang benar-benar sesuai dan layak untuk memegang jawatan-jawatan penting
tersebut.
6.04 Sementara itu, IPTS mempunyai 32 universiti/kolej universiti dan empat buah kampus cawangan universiti luar
negara. Di samping itu, IPTS juga mempunyai 485 buah kolej yang menawarkan pelbagai program akademik dan
latihan.
6.05 Dari segi
ranking
hanya dua buah universiti di Malaysia tersenarai dalam 200 universiti terbaik dunia di mana
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berada pada tangga 185 sementara Universiti Malaya (UM) berada di tangga
192. Ranking ini adalah berdasarkan
The Times Higher Education Supplement, 2006
. Dalam usaha menaikkan
ranking
ini, universiti penyelidikan telah ditubuhkan dengan menumpukan kepada aktiviti penyelidikan dan inovasi yang nisbah
pelajar ijazah dengan pascaijazah perlu mencapai nisbah 50:50. Manakala, bagi universiti berfokus nisbah pelajar ijazah
dengan pascaijazah ialah 70:30. Tumpuan diberikan kepada program-program bercorak
hands on
dan program
pengajian pascaijazah akan dipertingkatkan. Universiti komprehensif pula akan menyediakan pengajian dalam pelbagai
bidang dan peringkat pengajian.
6.06 Pusat kecemerlangan di IPTA akan terus dimantapkan supaya mencapai taraf yang dihasratkan. KPT sedang
menjalankan penilaian untuk mengklasifikasikan semua pusat kecemerlangan yang ada di IPTA bagi menentukan
tahap kecemerlangan masing-masing supaya langkah sewajarnya dapat diambil untuk memperkasakan pusat
kecemerlangan tersebut. Pada masa yang sama, beberapa program pengajian sarjana terutamanya program pengajian
Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA), boleh menjadi asas kecemerlangan di beberapa IPTA tertentu. Ini berasaskan
kepada prestasi, keberkesanan dan kemampuan program berkenaan untuk berdikari dari segi kewangan.
6.07 Struktur organisasi IPTA
(Rajah 6.2)
terdiri daripada Lembaga Pengarah Universiti (LPU) yang bertanggungjawab
mengenai perkara-perkara dasar dan pemantauan prestasi universiti. LPU akan dibantu oleh Naib Canselor yang
bertanggungjawab mengenai pengurusan harian universiti. Setiap Naib Canselor dibantu oleh Timbalan Naib
Canselor yang bertanggungjawab bagi bidang berkaitan akademik dan pengantarabangsaan, penyelidikan dan inovasi,
dan hal ehwal pelajar. Naib Canselor mempengerusikan senat universiti yang bidang tugasnya adalah khusus
berkaitan dengan perkara akademik universiti. Senat dianggotai oleh dekan fakulti dan pengarah pusat pengajian.
Melalui struktur organisasi ini, IPTA melaksanakan aktiviti yang melibatkan pemilihan pelajar, pengambilan tenaga
pengajar dan penyelidik, pelaksanaan program pengajian baru, pelantikan kepimpinan tertinggi terbaik dan kaedah
pembiayaan berdasarkan pencapaian dan prestasi.
93
92
SENAT
TIMBALAN NAIB
CANSELOR
PENYELIDIKAN
DAN INOVASI
TIMBALAN NAIB
CANSELOR
HEP DAN
ALUMNI
BENDAHARI
KETUA
PUSTAKAWAN
TIMBALAN NAIB
CANSELOR
AKADEMIK DAN
PENGANTARA-
BANGSAAN
PENDAFTAR
FAKULTI / INSTITUSI / SEKOLAH / AKADEMI / PUSAT /
BAHAGIAN / KAMPUS CAWANGAN
LEMBAGA PENGARAH
UNIVERSITI
NAIB CANSELOR