Table of Contents Table of Contents
Previous Page  52 / 66 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 52 / 66 Next Page
Page Background

PELAN STRATEGIK

PENGAJIAN TINGGI NEGARA

6.26 Untuk menambah baik sistem perkhidmatan universiti, IPTA juga perlu menangani

karenah birokrasi dalam universiti dan menyemak semula perundangan serta prosedur

yang tidak relevan yang boleh menjejaskan prestasi. Sistem penyampaian IPTA melibatkan

aktiviti pemilihan pelajar, pengambilan tenaga pengajar dan penyelidik serta pelaksanaan

program pengajian baru. Sistem penyampaian berkesan perlu dilaksanakan bersandarkan

prinsip ketelusan, akauntabiliti dan integriti. Kecekapan dalam sistem penyampaian amat

penting bagi mengelakkan pembaziran dan ini memerlukan perbelanjaan oleh IPTA

secara berhemah. Di samping itu, inovasi dan kreativiti dalam sistem penyampaian

pengajian tinggi mesti dibudayakan untuk menambah baik imej dan prestasi IPT serta

menggalakkan pembaharuan.

6.27 Kerajaan telah menukar nama enam (6) kolej universiti awam

kepada universiti. Langkah ini telah menambahkan bilangan IPTA

kepada 20 buah yang mempunyai imej yang sama pada pandangan

orang awam. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk

memastikan supaya universiti yang dahulunya kolej universiti terus

mengekalkan peranan dan fungsi asalnya dari segi saiz enrolmen

pelajar dan matlamat untuk menghasilkan graduan kejuruteraan

teknologi yang menekankan aspek

hands on

. Penubuhan kolej

universiti bermula pada tahun 1998 adalah bermodelkan sistem

pengajian tinggi di negara seperti Jerman, Perancis dan Jepun yang

mempunyai landasan teknikal dan akademik.

6.28 Kualiti IPT perlu terus dipertingkatkan supaya setanding dengan

universiti terbaik di dunia dengan membangunkan kurikulum yang

relevan, mempergiat aktiviti penyelidikan dan menarik pelajar terbaik

serta mendapat perkhidmatan daripada ahli akademik yang cemerlang. Usaha yang lebih

gigih perlu diambil bagi meningkatkan kualiti setanding dengan IPT terkemuka dunia.

Secara umumnya, universiti terkemuka di dunia terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu

Universiti Apex, Universiti Elit dan Universiti Kompetitif serta mempunyai ciri seperti

dalam

Rajah 6.3.

Peranan Politeknik dan Kolej Komuniti

6.23 Politeknik juga menyediakan laluan pengajian teknikal di peringkat sijil dan diploma. Semenjak penubuhan Politeknik

Ungku Omar pada tahun 1969, bilangan politeknik telah bertambah dengan pesatnya dan pada masa ini, terdapat

21 politeknik yang sedang beroperasi. Kursus utama yang ditawarkan di politeknik adalah dalam bidang teknikal. Di

samping itu, politeknik juga menawarkan kursus dalam bidang ICT, perdagangan dan hospitaliti. Jumlah enrolmen

pelajar pada tahun 2007 adalah seramai 82,000 orang. Kapasiti politeknik akan terus dipertingkatkan di bawah

RMKe-9 dengan cadangan pembinaan tujuh (7) lagi politeknik. Secara puratanya, setiap negeri di Malaysia mempunyai

dua (2) buah politeknik. Berbeza dengan IPTA yang ditadbirkan sebagai satu entiti berasingan, politeknik ditadbir

uruskan secara pengurusan berpusat sungguhpun setiap politeknik mempunyai struktur pengurusan sendiri. Mulai

tahun 2007, terdapat tujuh (7) politeknik yang akan menawarkan program di peringkat diploma lanjutan.

6.24 Berikutan keperluan menyediakan laluan pembelajaran alternatif di bawah pendekatan peluang kedua

(second

chance)

, kerajaan telah menubuhkan kolej komuniti mulai tahun 2001. Sehingga kini, terdapat 37 buah kolej komuniti

dan di bawah RMke-9, sebanyak 25 buah kolej komuniti lagi akan dibina. Selain daripada itu, sebanyak 30 buah kolej

komuniti akan ditubuhkan secara sewaan premis. Jumlah enrolmen pelajar di kolej komuniti adalah melebihi 10,000

orang bagi mereka yang mengikuti kursus peringkat sijil, tidak termasuk pelatih yang mengikuti kursus jangka pendek.

Berikutan pelancaran penjenamaan semula oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada Februari 2007, kolej komuniti akan

mula menawarkan kursus di peringkat diploma. Bagi menggalakkan penyertaan yang lebih tinggi, maka kerajaan telah

juga meluluskan bayaran elaun kepada mereka yang layak. Kolej komuniti akan juga menggiatkan kolaborasi dengan

syarikat swasta sebagai satu usaha penjenamaan semula. Bentuk kursus adalah secara penggunaan pembelajaran

berasaskan kerja

(work-based learning

atau

WBL)

.

CABARAN

6.25 Untuk memantapkan keberkesanan dan integriti sistem penyampaian, IPT perlulah jelas tentang visi, misi, objektif dan

teras strategik pengajian tinggi. Ini memerlukan setiap IPTA membuat pengubahsuaian yang diperlukan untuk

menjajarkan semula arah strategik masing-masing dengan arah strategik kementerian. Untuk membolehkan semua

entiti di pengajian tinggi bergerak sehala dengan matlamat yang ditetapkan maka program pengajian yang ditawarkan

oleh IPTA perlu diselaraskan. Di samping itu, perlu diwujudkan rantaian

(linkages)

antara IPTA berfokus dalam bidang

teknikal dengan politeknik yang akan menjadi program feeder kepada IPTA berkenaan. Langkah ini amat penting

untuk memastikan supaya kerajaan mendapat nilai optimum

(optimum value for money)

daripada perbelanjaan besar

tahunan yang diperuntukkan kepada IPTA.

99

98