

PELAN STRATEGIK
PENGAJIAN TINGGI NEGARA
Secara berterusan, budaya R&D hendaklah dijadikan sebagai satu daripada kaedah utama
bagi penemuan pelbagai bidang ilmu pengetahuan baru dan menjadikannya sebagai
sumbangan penting daripada IPTS kepada pembangunan sosial, ekonomi dan politik.
5.20 Budaya inovasi di kalangan pelajar IPT menerusi aktiviti-aktiviti reka cipta seperti
pertandingan mencipta robot, kereta solar, perisian komputer, animasi dan produk-
produk lain telah mencungkil bakat serta kemahiran mereka dalam bidang penciptaan
dan kreativiti. Penglibatan pelajar dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Sains Negara,
Akademi Sains Negara, Pusat Pembangunan Aplikasi Kreatif di Perbadanan Pembangunan
Multimedia (MDeC) dan pertubuhan seperti
Malaysia Invention and Design Society
(MINDS)
dan lain-lain serta penyertaan dalam pertandingan reka cipta peringkat
kebangsaan dan antarabangsa telah membuka minda mereka kepada
perkembangan teknologi termaju dan terkini. Justeru, aktiviti-aktiviti
penyelidikan, reka bentuk dan reka cipta perlu dipergiatkan lagi di
kalangan pelajar bagi memupuk kreativiti,
meningkatkan
profesionalisme dan daya saing.
OBJEKTIF
5.21 Objektif bagi teras ini adalah seperti berikut:
i.
Menambah bilangan penyelidik denagn ketara dan korpus ilmu
yang mampu membawa Malaysia ke tahap pencipta teknologi
dan inovasi di peringkat global.
ii.
Memastikan aktiviti penyelidikan dan inovasi di IPT
memperoleh sumber yang mencukupi bagi menyokong sistem inovasi kebangsaan
yang seterusnya membantu negara berdaya saing.
CABARAN
5.14 Untuk meningkatkan daya saing, Malaysia perlu menambah bilangan penyelidik, saintis dan jurutera. Peruntukan bagi
aktiviti-aktiviti R&D di Malaysia masih lagi rendah jika dibandingkan dengan kebanyakan negara-negara maju. Dalam
usaha mempergiatkan aktiviti-aktiviti tersebut, peruntukan R&D perlu ditambah dari pelbagai sumber sama ada
kerajaan, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, multinasional dan pihak swasta.
5.15 Pada masa ini terdapat lebih 100 pusat kecemerlangan di IPTA di mana bilangan penyelidik, saintis dan jurutera boleh
ditambah melalui pusat-pusat kecemerlangan berkenaan. Namun, hanya sebilangan kecil pusat kecemerlangan
tersebut yang mendapat pengiktirafan antarabangsa khususnya Pusat Kawalan Doping dan Pusat Racun Negara di
USM serta Institut Genome Malaysia di UKM. Dalam konteks ini, adalah penting IPT memastikan supaya pusat-
pusat berkenaan mencapai kecemerlangan dari segi peranan, fungsi dan aktiviti yang dijalankan mendapat
pengiktirafan antarabangsa. Dalam masa yang sama, usaha sedang dijalankan oleh KPT untuk merasionalkan semula
pusat-pusat berkenaan melalui satu jawatankuasa di peringkat kementerian.
5.16 Untuk sesebuah IPTA, terutamanya Universiti Penyelidikan mencapai kecemerlangan penyelidikan yang setanding
dengan universiti terkemuka dunia, maka penyelidik di IPTA perlu memiliki minat, keghairahan
(passion)
dan budaya
penyelidikan yang tinggi dan disegani. Para penyelidik juga perlu mempunyai kolaborasi strategik dengan rakan
sejawat di luar negara.
5.17 Corak sektor perkilangan di negara ini masih menumpukan kepada teknologi yang berintensif buruh. Walaupun
strategi pembangunan ini telah membantu negara mentransformasikan corak ekonomi kepada yang lebih berasaskan
perkilangan dan perkhidmatan, tetapi pekerja dalam sektor perkilangan secara relatifnya berkemahiran rendah dan
oleh itu, kurang intensif dalam aktiviti R&D. Bilangan syarikat multinasional yang mengadakan jalinan dengan firma
tempatan dalam bidang R&D adalah sangat terhad. Manakala firma tempatan pula kurang mempunyai kemahiran
tinggi dalam penyelidikan dan inovasi yang berdaya saing di peringkat antarabangsa. Hal ini merupakan salah satu
faktor yang telah membantutkan perkembangan inovasi.
5.18 Malaysia perlu memantapkan keberkesanan dan kecekapan sistem inovasi kebangsaan untuk terus bergerak pantas
ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi. Pemantapan ini termasuk mempertingkatkan kerjasama di
kalangan universiti, industri, institusi penyelidikan, firma perunding dan organisasi yang mempunyai akses kepada
pengetahuan global di mana ia dapat disesuaikan dengan keperluan tempatan. Di samping itu, agihan peruntukan
R&D perlu dipercepatkan dan dilaksanakan secara kompetitif.
5.19 Perkongsian maklumat dan peralatan canggih di antara IPT dan institusi penyelidikan merupakan antara isu yang
sering dibangkitkan. IPTA dan IPTS digalakkan untuk menjadikan aktiviti R&D sebagai sebahagian pengoperasiannya.
79
78