Table of Contents Table of Contents
Previous Page  40 / 66 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 40 / 66 Next Page
Page Background

PELAN STRATEGIK

PENGAJIAN TINGGI NEGARA

Pertimbangan semula sedang diberi perhatian oleh MOSTI kepada baki projek yang

masih belum diluluskan berdasarkan kriteria kelayakan yang telah dikaji semula. Di bawah

kriteria semasa, para penyelidik secara prinsipnya, boleh mewujudkan syarikat sendiri

untuk mengkomersialkan hasil penyelidikan masing-masing.

5.09 Skim Geran Penyelidikan Fundamental di bawah KPT telah dilaksanakan dengan jumlah

geran sebanyak RM200 juta bagi membiayai penyelidikan fundamental di IPTA dalam

bidang-bidang seperti sains tulen, sains gunaan, teknologi, kejuruteraan, sains perubatan

(termasuk penyelidikan klinikal), sains sosial dan kemanusiaan, sastera dan sastera ikhtisas,

sains alam sekitar dan warisan kebangsaan. Setakat ini, sebanyak RM67.9 juta telah

diagihkan kepada 18 buah IPTA. Bagi pusingan kedua, cadangan penyelidikan yang bernilai

hampir RM300 juta telah dikemukakan oleh IPTA untuk

pertimbangan KPT.

5.10 Sungguhpun di bawah RMKe-9, terdapat peningkatan tiga kali ganda

nisbah peruntukan R&D daripada KDNK di bawah RMKe-8, akan

tetapi peruntukan R&D di negara ini masih rendah 0.63%

berbanding dengan negara lain seperti Jepun (3.12%), Korea Selatan

(2.64%) dan Singapura (2.13%) seperti dalam

Jadual 5.2

.

Mempergiatkan aktiviti penyelidikan dan inovasi

5.05 Di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8), negara telah membelanjakan sebanyak 0.49 peratus daripada

KDNK untuk R&D. Sementara itu, di bawah RMKe-9. Peruntukkan R&D disasarkan sebanyak 1.5 peratus daripada

KDNK. Berikutan peningkatan peruntukan ini, kerajaan telah menstrukturkan semula dana R&D. Dalam RMKe-8,

peruntukan R&D disediakan di bawah dana Penumpuan Penyelidikan Dalam Bidang Keutamaan

(Intensification of

Research in Priority Areas – IRPA)

. Manakala, dalam RMKe-9, dana ini digantikan dengan ScienceFund danTechnoFund,

masing-masing sebanyak RM 1.2 bilion dan RM1.5 bilion di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

(MOSTI). Penggunaan dana berkenaan yang sebahagian besarnya diperuntukkan kepada IPTA diagihkan secara

kompetitif. Di samping itu, Kerajaan juga mewujudkan skim Geran Penyelidikan Fundamental

(Fundmental Research

Grant Scheme – FRGS)

di bawah KPT dengan peruntukan sebanyak RM200 juta.

5.06 Penstrukturan semula dana R&D bukan sahaja penting untuk menggiatkan aktiviti penyelidikan di negara ini, tetapi

juga untuk menggalakkan pengkomersialan hasil penyelidikan melalui kerjasama rapat, terutamanya di antara pihak

institusi penyelidikan dan IPTA, dengan syarikat swasta. Potensi pengkomersialan hasil penyelidikan di negara ini

adalah besar memandangkan bahawa Malaysia kini mengkomersialkan hanya 3.5 peratus dari hasil penyelidikan

berbanding dengan purata 10 peratus di peringkat antarabangsa. Memandangkan peruntukan yang lebih besar perlu

disediakan selaras dengan keputusan kerajaan mewujudkan empat (4) IPTA sebagai Universiti Penyelidikan.

Penyelidikan fundamental ialah asas kepada penyelidikan gunaan dan diagihkan kepada IPTA mengikut kriteria yang

ditentukan.

5.07 Dalam RMKe-9, empat (4) buah universiti awam telah dijadikan Universiti Penyelidikan bagi menerajui

aktiviti penyelidikan. Pemilihan universiti ini adalah berasaskan kriteria yang ditandaaras dengan universiti penyelidikan

antarabangsa dan diaudit oleh sebuah Jawatankuasa Audit Universiti Penyelidikan. Universiti-universiti tersebut ialah

Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia. Universiti

Penyelidikan ditubuhkan bertujuan untuk menggiatkan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan di IPT.

Antara Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan ialah nisbah pelajar peringkat ijazah berbanding dengan

pascaijazah adalah pada nisbah 50:50. Oleh itu, beberapa universiti terlibat telah mula mengurangkan pengambilan

pelajar peringkat ijazah. Dalam tempoh transformasi, 2 buah universiti penyelidikan lagi akan ditambah sekiranya

memenuhi kriteria yang ditetapkan.

5.08 IPTA secara kolektif merupakan pengguna terbesar peruntukan dana R&D yang disediakan. Hal ini mencerminkan

kemampuan IPTA untuk menerajui program penyelidikan dalam negara. Sehingga kini, di bawah

ScienceFund

bagi

pusingan pertama pada tahun 2006, daripada RM196 juta yang telah dikeluarkan, IPTA telah diperuntukkan sebanyak

RM153 juta (80 peratus). Bagi

TechnoFund

pula, IPTA telah mengemukakan 42 cadangan projek bagi pusingan

pertama dan kedua pada tahun 2006. Namun sehingga kini, hanya 16 projek telah diluluskan oleh MOSTI.

75

74