Table of Contents Table of Contents
Previous Page  35 / 66 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 35 / 66 Next Page
Page Background

PELAN STRATEGIK

PENGAJIAN TINGGI NEGARA

STRATEGI

4.18 Untuk mencapai objektif di atas, strategi-strategi berikut dicadangkan:

i.

Menambah baik kurikulum supaya sentiasa relevan dan memastikan pelaksanaannya

ke arah pencapaian hasil pembelajaran yang ditetapkan.

ii.

Memantau, menilai kemajuan prestasi, kualiti kurikulum dan program pengajian secara

berterusan dan berkala bagi memantapkan daya saing IPT.

iii. Memberikan pengiktirafan kepada IPT yang mencapai tahap penarafan kualiti

tertinggi.

iv. Memantapkan sistem penilaian pembelajaran dan perkhidmatan

sokongan pelajar untuk meningkatkan pencapaian hasil

pembelajaran.

v.

Menyediakan mekanisme untuk mencapai sasaran 100,000

penduduk negara mempunyai kelayakan PhD atau setaraf.

PELAN TINDAKAN MENJELANG 2020

Menambah baik kurikulum

4.19 Untuk menambah baik kurikulum dan pengalaman pembelajaran,

langkah-langkah berikut akan dilaksanakan:

i.

Memberikan fleksibiliti kepada Jawatankuasa Kurikulum IPT yang mempunyai wakil

daripada industri untuk menggubal kurikulum dengan kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan, berinovatif dan bersifat antarabangsa yang dapat

memenuhi keperluan semasa dan akan datang.

Rajah 4.1

Pembentukan Modal Insan Minda Kelas Pertama

4.16 Keperluan tenaga kerja yang mempunyai kelayakan PhD atau setaraf dengannya adalah penting untuk meningkatkan

kualiti modal insan yang kreatif dan berinovatif. Cabaran yang dihadapi oleh IPT ialah kekurangan infrastruktur

dan sumber bagi menyediakan tempat yang mencukupi bagi menampung pertambahan pelajar dan program.

Infrastruktur, peralatan dan tenaga pengajar sedia ada perlu dipertingkatkan bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.

OBJEKTIF

4.17 Objektif bagi teras ini adalah seperti berikut:

I.

Memastikan kurikulum yang berkualiti, relevan dan dinamik mengikut perkembangan semasa.

II.

Memastikan pengalaman pembelajaran yang menyeluruh secara berkesan untuk melahirkan graduan

berketerampilan.

65

64

Modal

Insan

Minda

Kelas

Pertama

Modal Insan

MindaKelas

Pertengahan

Modal InsanMindaKelasKetiga

• Berfikirankritis

• Menerimaperubahan

• Sikap terbuka

• Berkeupayaanberfikir

• Berpotensiuntukberubah

• Mulaberfikir secara serius

• Bolehmenerimacabaran

• Mulamenilaikeupayaandiri

• Kumpulanpemikir

• Pemimpinberwawasan

• Intelektualdankomited

• Berkeyakinan

• Beranimengambil risiko