

PELAN STRATEGIK
PENGAJIAN TINGGI NEGARA
latihan lepasan ijazah dalam perkhidmatan awam, pengambilan kakitangan untuk
memenuhi jawatan kosong dalam perkhidmatan awam, latihan semula, insentif kepada
majikan dan kemudahan pembiayaan untuk memulakan perniagaan dan pembangunan
usahawan. Namun, langkah-langkah lain untuk meningkatkan kecekapan pasaran kerja
perlu juga diambil seperti memantapkan kutipan dan sebaran maklumat tentang pasaran
kerja, mengukuhkan perkhidmatan pekerjaan, serta memantau dan menilai semua
graduan institusi pendidikan dan latihan.
4.14 Dalam jangka masa panjang, cabaran bagi pengajian tinggi adalah untuk memastikan
bahawa siswazah yang dihasilkan bukan sahaja cemerlang dalam akademiknya malahan
juga menjadi siswazah yang bersedia untuk bersaing di pasaran kerja global termasuk di
dalam syarikat Malaysia yang beroperasi di luar negara. Justeru, IPT
perlu menghasilkan kurikulum berinovatif dan kaedah penyampaian
yang berkesan dalam suasana pembelajaran yang kondusif.
Pendekatan ini dapat menghasilkan siswazah terbilang dalam dunia
kompetitif dan mampu mencapai kejayaan sepanjang pengalaman
pendidikan dan berterusan selepas mendapat ijazah. Dalam
menggubal kurikulum, IPT perlu mengambil peluang daripada
kekuatan keharmonian negara yang mempunyai kepelbagaian
budaya, bahasa dan agama dalam usaha mempertingkatkan daya
saing di peringkat global.
4.15 Selaras dengan Misi Nasional, matlamat negara adalah untuk
melahirkan modal insan minda kelas pertama. Strategi dan program
yang akan dilaksanakan oleh negara untuk mencapai matlamat ini
adalah berkait dengan sistem pendidikan, meningkatkan inovasi,
memperkasakan keupayaan penyelidikan dan pembangunan serta memastikan
pembangunan insaniah yang menyeluruh. Dalam hubungan ini, cabaran pengajian tinggi
adalah untuk membentuk pelajar yang mempunyai mentaliti kelas pertama bagi
menyumbang kepada kemakmuran dan kemajuan negara.
Rajah 4.1
menunjukkan
peringkat-peringkat pembentukan insan yang menuju kepada modal insan kelas pertama.
ICT yang berstatus Multimedia Super Corridor (MSC). Memandangkan kejayaan yang dicapai, maka program
berkenaan akan dipergiatkan dengan melibatkan lebih ramai graduan dari IPT tempatan. Program yang telah
dilaksanakan juga merangkumi komponen latihan pensyarah. Pensyarah berkenaan akan mengadaptasi komponen
latihan tersebut ke dalam kurikulum berkaitan ICT di IPTA. Kejayaan program perintis ini akan menjadi landasan
kepada pelaksanaan program bercorak profesional bagi kursus lain.
CABARAN
4.10 Untuk memastikan wujudnya kesinambungan yang berkesan antara sistem persekolahan rendah dan menengah
dengan pengajian tinggi maka kurikulum di peringkat persekolahan perlu menekankan penggunaan bahasa Inggeris
dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, kemahiran berkomunikasi, pembentukan sahsiah, kurikulum
keusahawanan serta penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang telah dilancarkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 16 Januari 2007 telah
menggariskan ciri-ciri utama kurikulum pengajian di peringkat persekolahan ke arah mewujudkan pelajar-pelajar yang
lebih cemerlang dengan penekanan juga kepada mata pelajaran vokasional, sains sukan dan muzik. Inisiatif
pengkelasan jenis pengajian mengikut cluster dan tadbir urus yang lebih bebas mampu menghasilkan pelajar sekolah
yang berkualiti tinggi. Dalam hal ini, cabaran IPT adalah untuk menyediakan kesinambungan usaha-usaha PIPP dan
menggalakkan IPT menawarkan program pascasiswazah yang berkualiti dan diiktiraf bagi melahirkan modal insan
yang mempunyai pelbagai kebolehan dan kemahiran.
4.11 Salah satu unsur penting dalam kurikulum adalah penguasaan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan dan
bahasa Inggeris sebagai bahasa global. Penguasaan Bahasa Inggeris ditekankan kerana bahasa tersebut merupakan
bahasa sejagat yang digunakan dengan meluas dalam menyampaikan ilmu pengetahuan terutamanya dalam era ICT
dan k-ekonomi. Di samping itu, pelajar digalakkan menguasai sekurang-kurangnya satu bahasa antarabangsa lain
sebagai bahasa ketiga seperti bahasa Mandarin,Arab, Jepun, Perancis dan Sepanyol. Ini amat penting bagi melahirkan
modal insan yang memacu ekonomi berasaskan ilmu dan inovasi yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.
4.12 Isu pengangguran di kalangan siswazah sering dibangkitkan dan dikaitkan dengan ketidaksepadanan antara kebolehan
graduan IPT dengan kemahiran yang diperlukan oleh pihak industri. Persepsi majikan masih wujud bahawa kualiti
graduan universiti luar negara adalah lebih baik berbanding dengan graduan IPT tempatan. Di samping itu, pihak
industri juga mempunyai tanggapan bahawa peranan IPT adalah untuk menghasilkan graduan yang boleh diserap
terus ke dalam pasaran kerja dengan kemahiran dan pengalaman untuk mengendalikan pelbagai kehendak industri
tertentu. Perkara ini perlu ditangani dalam transformasi pengajian tinggi untuk menghasilkan modal insan yang
seimbang selaras dengan keperluan industri dan negara, tanpa menjejaskan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
4.13 Langkah-langkah jangka pendek telah diambil oleh kerajaan untuk mengatasi pengangguran siswazah seperti skim
63
62