

PELAN STRATEGIK
PENGAJIAN TINGGI NEGARA
v.
Meneruskan penggabungan program konvensional dengan profesional seperti
kejuruteraan dengan perakaunan, undang-undang dengan pengurusan, undang-undang
sivil dengan syariah dan pengajian Islam dengan perniagaan.
vi.
Menggalakkan IPT menyediakan pengalaman pembelajaran yang membolehkan pelajar
menguasai satu bahasa ketiga seperti bahasa Mandarin, Arab, Jepun, Perancis dan
Sepanyol, di samping penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia dengan
menyediakan sokongan infrastruktur yang mantap.
vii.
Mempergiatkan penggunaan bahasa Inggeris, terutamanya dalam pengajaran dan
pembelajaran untuk mata pelajaran Sains, Matematik dan Teknikal menjelang tahun 2010
bagi para pelajar dan juga pensyarah. Untuk meningkatkan
penguasaan bahasa Inggeris oleh para pelajar, kursus intensif bahasa
Inggeris akan dilaksanakan sebelum kursus akademik bermula dan
secara berterusan sebagai subjek pengajian yang akan disediakan
kepada pelajar mulai Semester 1 hingga tamat pengajian. Program-
program bahasa yang bersesuaian untuk pensyarah yang bersesuaian
akan diperkenalkan untuk memastikan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, guru-guru bahasa
Inggeris akan ditambah dengan pengambilan secara kontrak
(contract
for service)
jika perlu.
viii.
Mempergiatkan aktiviti sukan dan kebudayaan secara meluas di
setiap IPT bagi kesinambungan usaha PIPP dalam melahirkan
graduan yang berilmu dan berprestasi tinggi dalam bidang sukan dan
kebudayaan.
ix.
Memantapkan sistem penilaian pelajar dengan memberikan perhatian kepada taksiran
pencapaian semua hasil pembelajaran. Hal ini memerlukan IPT menggunakan pelbagai
kaedah penilaian selain ujian bertulis.
ii.
Menubuhkan Pusat Pengembangan Kurikulum PengajianTinggi peringkat Kementerian yang dianggotai oleh pihak
industri, perdagangan dan perniagaan, institusi latihan dan penyelidikan, badan-badan profesional serta IPT. Bidang
tugas pusat ini adalah untuk menyediakan garis panduan dan amalan terbaik antarabangsa dari segi kaedah,
kandungan dan teknologi serta perkembangan semasa yang berkaitan dengan penggubalan kurikulum. Di
samping itu, Pusat Pengembangan Kurikulum Pengajian Tinggi juga akan ditubuhkan di peringkat IPT bagi
meningkatkan sistem penyampaian kurikulum.
iii. Menggiatkan penggunaan ICT bagi semua kursus di IPT termasuk pembelajaran jarak jauh, e-pembelajaran
dan pembangunan perisian kursus
(courseware)
serta penilaian kursus secara dalam talian
(online)
.
iv. Menggalakkan IPTS menawar lebih banyak kursus pengajian berasaskan Sains danTeknologi (S&T) supaya nisbah
60:40 dapat dicapai.
v.
Menyediakan mekanisme pengiktirafan kepada IPT berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
Memantapkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran
i.
Memantapkan kaedah pengajaran yang berinovatif, sentiasa relevan, dinamik dan terkini bagi menyediakan
graduan yang berketerampilan dan memenuhi permintaan pasaran kerja.
ii.
Memantapkan sistem kurikulum pelbagai disiplin dan pendekatan pembelajaran bagi pelajar. Penggunaan
kaedah seperti pembelajaran berasaskan masalah dan kajian kes serta pembelajaran secara berpasukan
adalah digalakkan bagi meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan saintifik, menguruskan maklumat,
menambah keyakinan melalui penulisan dan pengucapan serta mahir berinteraksi.
iii. Menetapkan sekurang-kurangnya enam (6) bulan latihan industri bagi kursus kritikal dan tiga (3) bulan bagi kursus
lain untuk mendedahkan pelajar kepada alam dan budaya pekerjaan serta mendapat pengalaman praktikal atau
hands-on
yang relevan. Untuk mendapat kerjasama daripada pihak industri, dasar negara mengenai latihan
industri untuk pelajar dan program sangkutan
(attachment)
untuk pensyarah IPT akan digubal.
iv. Memantapkan Skim Latihan Graduan terutamanya untuk graduan dalam bidang bukan profesional melalui
program latihan bercorak nilai tambah seperti persijilan profesional bagi bidang teknologi maklumat dan
komunikasi, perisian komputer dan perakaunan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan.
67
66