

PELAN STRATEGIK
PENGAJIAN TINGGI NEGARA
• Modul Hubungan Etnik sertaTamadun Islam danTamadun Asia (TITAS) sebagai garis
panduan bagi memperkukuh perpaduan nasional dan membina negara yang terus
stabil dan lebih progresif serta kompetitif dengan masyarakat yang mempunyai
perspektif global, sistem nilai yang boleh dicontohi dan budaya mengutamakan
prestasi tinggi serta menghargai tradisi dan warisan;
• Memastikan penguasaan sekurang-kurangnya satu bahasa global sebagai bahasa ketiga
di samping penguasaan bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa
Inggeris sebagai bahasa kedua. Bahasa ketiga yang diutamakan termasuk bahasa
Mandarin, Arab dan lain-lain; dan
• Menggiatkan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan
pembelajaran terutamanya bagi mata pelajaran Sains, Matematik
dan Teknikal.
4.08 Daya saing negara secara kritikal bergantung kepada keupayaan
negara untuk membangunkan modal insan yang berkualiti dan
mempunyai mentaliti kelas pertama. Dalam konteks ini, program
untuk menggalakkan perolehan kelayakan akademik tertinggi
hendaklah dipergiatkan. Modal insan yang diperlukan akan dihasilkan
dengan adanya komitmen untuk memajukan diri ke tahap yang paling
tinggi dan memberikan sumbangan kepada masyarakat, negara dan
global. Namun, setakat tahun 2005, enrolmen pelajar pascasiswazah
terutama PhD masih lagi kecil, iaitu seramai 6,882 orang. Ini
bermakna IPT perlu meningkatkan program pascaijazah di institusi
masing-masing. Sasaran enrolmen pelajar PhD dalam negara ialah
21,680 orang pada tahun 2010 dan 55,500 orang pada tahun 2020. Bagi menambah
bilangan ini, program penghantaran pelajar pascasiswazah ke luar negara
split programme
antara IPT tempatan dan universiti terkemuka di luar negara akan digandakan bagi
mencapai sasaran 100,000 penduduk berkelayakan PhD atau setaraf.
4.09 KPT telah juga memulakan beberapa program latihan persijilan profesional dengan
syarikat ICT terkemuka (seperti Microsoft dan Infosys) yang dilaksanakan di IPT tempatan
dan luar negara. Hasil dari program yang dijalankan, didapati bahawa graduan IPT
tempatan dalam bidang ICT dan kejuruteraan adalah setanding dengan rakan sejawat
mereka dari luar negara. Graduan yang terlibat telah mendapat pekerjaan dengan syarikat
membenarkan proses akreditasi kendiri oleh IPT yang layak. Penubuhan MQA adalah bagi melaksanakan MQF dan
ia merupakan gabungan antara LAN dan Bahagian Jaminan Kualiti, KPT. Bidang tugas agensi ini adalah berkaitan
dengan jaminan dan peningkatan kualiti bagi semua IPTA dan IPTS serta juga politeknik dan kolej komuniti. Akta
penubuhan MQA telah digubal dan dijangka akan diluluskan untuk pelaksanaan pada tahun 2007. Dengan langkah
ini, semua pihak berkepentingan seperti majikan, pelajar, ibu bapa dan masyarakat umum serta pihak luar negara akan
diberi jaminan kualiti pengajian tinggi dan kelayakan yang dianugerahkan oleh IPT di Malaysia. Di samping itu, MQA
juga berperanan untuk meningkatkan lagi kualiti IPT.
4.05 Sebagai penanda aras, Australia telah menubuhkan
Australian Universities Quality Agency (AUQA), New Zealand
telah
menubuhkan
New Zealand Qualifications Authority (NZQA)
dan Thailand telah menubuhkan
Office of National
Education Standards and Quality Assessment (ONESQA)
sebagai organisasi yang bertanggungjawab terhadap penilaian
kualiti pendidikan di negara-negara tersebut. Manakala Singapura mempunyai badan kawalan kualiti iaitu
Quality
Assurance Framework for Universities (QAFU)
yang mempunyai tiga matlamat utama berikut:
• Memastikan dana kerajaan dimanfaatkan sepenuhnya oleh IPT;
• Membantu universiti lebih berdaya saing dan proaktif serta dapat bertindak pantas menghadapi perubahan dan
cabaran semasa; dan
• Menambah baik sistem pengajian tinggi di universiti dari semasa ke semasa.
Memantapkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran
4.06 Perkongsian bestari
(smart partnership)
antara IPTA dan IPTS telah meningkatkan kualiti kursus pengajian yang
ditawarkan oleh IPTS. Melalui perkongsian bestari ini, IPTS Bumiputera khususnya, dapat menimba pengalaman
mengendalikan kursus pengajian secara lebih berkesan dan mendapat jaminan kualiti bagi kursus pengajian yang
ditawarkan daripada IPTA tempatan.
4.07 Untuk mempercepat transformasi kurikulum ke arah pencapaian hasil pembelajaran yang ditetapkan, KPT telah
melaksanakan beberapa modul seperti yang berikut:
• Modul Kemahiran Insaniah telah digubal dan mula dilaksanakan oleh semua program pengajian di IPTA mulai sesi
akademik 2007/2008. Modul ini bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi pelajar dan tahap
penguasaan bahasa terutamanya bahasa Inggeris;
• Modul Keusahawanan adalah untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran keusahawanan yang relevan
dengan pasaran supaya mampu berdikari dari segi kerjaya mereka. Oleh itu, graduan kurang bergantung kepada
kerajaan dan pihak lain;
61
60