Table of Contents Table of Contents
Previous Page  28 / 66 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 28 / 66 Next Page
Page Background

PELAN STRATEGIK

PENGAJIAN TINGGI NEGARA

PELAN TINDAKAN MENJELANG 2020

Meluaskan Akses

3.34 Untuk meluaskan akses pengajian tinggi, langkah-langkah berikut akan dilaksanakan:

i.

Meneruskan pengambilan pelajar ke IPTA menerusi sistem meritokrasi berdasarkan

akademik dan kokurikulum. Di samping itu, satu mekanisme akan disediakan bagi memberi

peluang kepada IPTA yang diberi status apex memilih pelajar mereka sendiri secara

berperingkat berbanding dengan kaedah pengambilan berpusat yang dikendalikan oleh

Bahagian Kemasukan Pelajar di Jabatan PengajianTinggi.

ii.

Menyediakan piawaian laluan kemasukan ke IPT bagi menggalakkan

fleksibiliti kursus dan kemasukan terbuka. Pada masa yang sama,

penawaran program pembelajaran jarak jauh dan e-pembelajaran

di politeknik dan kolej komuniti dipertingkatkan bagi

memanfaatkan peluang perkembangan ICT dalam pendidikan

dan latihan teknikal dan vokasional kepada pelajar-pelajar daripada

golongan miskin di bandar dan luar bandar, bumiputera Sabah

dan Sarawak, orang Asli dan OKU.

iii. Menambah bilangan tempat belajar di IPTA, termasuk program

francais dengan kolej-kolej bersekutu. Pada masa yang sama,

kualiti pengajaran dan pembelajaran akan dijamin.

iv. Menambah bilangan tempat bagi program sijil dan diploma

terutamanya di politeknik dan kolej komuniti dengan

meningkatkan prasarana dan menambah kemudahan. Hal ini

adalah untuk mencapai sasaran nisbah pelajar sijil/diploma

dengan ijazah di IPTA berada pada tahap 2:1 menjelang 2020.

v.

Mengkaji penyediaan insentif kepada IPTS yang menawarkan kemasukan khusus

untuk golongan miskin di bandar dan luar bandar, bumiputera di Sabah dan Sarawak,

orang Asli dan OKU.

vi. Menggalakkan IPTS menyediakan peluang melanjutkan pendidikan berbentuk

hands-on

di peringkat tertiari kepada kumpulan pekerja.

OBJEKTIF

3.32 Teras strategi ini menetapkan objektif berikut:

i.

Memastikan akses pengajian tinggi daripada pelbagai sumber, bakat dan kebolehan berdasarkan sistem

meritokrasi pelbagai tanpa mengira etnik, gender, taraf sosial dan keupayaan fizikal.

ii.

Memastikan kesaksamaan ekuiti pengajian tinggi melalui kepelbagaian program, kriteria kemasukan terbuka,

penambahbaikan prasarana dan peluasan penggunaan ICT.

iii. Memastikan setiap individu yang telah ditawarkan tempat belajar di IPT mendapat pembiayaan kewangan.

STRATEGI

3.33 Untuk mencapai objektif di atas, strategi berikut dicadangkan:

i.

Meningkatkan akses pelajar dari pelbagai sumber, kebolehan dan bakat ke pengajian tinggi berdasarkan

meritokrasi kepelbagaian daripada sekolah menengah, program pengajian peringkat prasiswazah dan pelajar

dewasa.

ii.

Meningkatkan kapasiti dan keupayaan IPT, dengan mempelbagaikan laluan, program dan mod pembelajaran.

iii. Meningkatkan ekuiti pelajar dari golongan miskin di bandar dan luar bandar, bumiputera di Sabah dan Sarawak,

orang Asli dan OKU terutama dalam bidang teknik dan vokasional.

iv. Membuka peluang yang lebih luas kepada tenaga kerja muda untuk meningkatkan pengetahuan dan

kemahiran.

v.

Menubuhkan Dana Pembangunan Modal Insan Pengajian Tinggi Malaysia bagi menyediakan biasiswa yang

berprestij kepada pelajar cemerlang dalam pelbagai bidang.

vi. Memastikan kelestarian PTPTN.

51

50