

PELAN STRATEGIK
PENGAJIAN TINGGI NEGARA
4.03 Sebagai usaha tambahan untuk mewujudkan pengajian tinggi yang berkualiti, kerajaan
telah mula melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia
(Malaysian Qualification
Framework)
pada akhir tahun 2007. Selaras dengan peranannya sebagai tempat rujukan
kualiti pengajian tinggi, MQF memberikan penekanan kepada pendidikan berlandaskan
hasil pembelajaran
(Kotak 4.1)
. Di samping memberikan jaminan kualiti, ciri utama MQF
membolehkan mobiliti pelajar daripada satu program pendidikan kepada program
pendidikan yang lain melalui pemindahan dan penyetaraan kredit. Pelaksanaan MQF akan
memudahkan pengiktirafan kursus di peringkat antarabangsa. Oleh itu, para pelajar yang
dihasilkan akan diterima secara lebih meluas bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di
luar negara. Dengan demikian, pelaksanaan MQF mampu menghasilkan modal insan yang
kompetitif.
4.04 Bagi melaksanakan MQF, kerajaan akan menubuhkan
Malaysian Qualifications Agency
(MQA)
bagi menggantikan Lembaga Akreditasi Negara (LAN). MQF akan menjadi
landasan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi dan tanda rujukan kriteria dan standard
program pengajian. Oleh itu, MQF akan menyatukan dan menghubungkaitkan semua
pembekal pasca sekolah berteraskan prinsip, kriteria dan standard yang telah dipersetujui
di peringkat kebangsaan dan ditanda aras dengan amalan antarabangsa. MQF akan
MENAMBAH BAIK KUALITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDAHULUAN
4.01 Institusi pengajian tinggi yang mempunyai kepimpinan yang berkesan, tenaga pengajar yang berilmu tinggi dan
profesional, kemudahan pengajaran dan pembelajaran, pelajar yang berkualiti dan kurikulum yang relevan akan lebih
berdaya saing dalam menghadapi persaingan global. Kejayaan ini dapat diukur dari segi kemampuan sistem pengajian
tinggi negara untuk menghasilkan graduan berkualiti selaras dengan aspirasi dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
keboleh pasaran mengikut permintaan industri, keupayaan mencipta kejayaan dalam bidang keusahawanan dan
kemampuan graduan memberikan sumbangan kepada masyarakat. Kepimpinan yang berkesan bagi menerajui
institusi pengajian tinggi penting untuk memastikan pelaksanaan dan pencapaian objektif strategik institusi berkenaan
tercapai. Tenaga pengajar yang berilmu tinggi dan berwibawa mampu mendidik dan melahirkan pelajar yang
berkualiti. Teras strategik ini mempunyai matlamat untuk memastikan semua pelajar pengajian tinggi mendapat
manfaat daripada pengalaman pembelajaran yang berkualiti sejajar dengan keperluan individu, ekonomi dan
masyarakat. Menjelang tahun 2020, disasarkan 100,000 penduduk negara mempunyai kelayakan PhD atau setaraf.
Di samping itu, penggunaan Bahasa Inggeris dalam program pengajian di IPTA akan dipergiatkan lagi.
STATUS SEMASA
Menambah baik kurikulum
4.02 IPT sentiasa berusaha supaya kurikulum yang disediakan berkualiti tinggi dan dapat memenuhi aspirasi negara.
Semakan kurikulum dibuat dengan mengambil kira pandangan ahli-ahli akademik, pakar dari industri dan pihak
swasta, pegawai kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) pada setiap dua hingga tiga tahun berdasarkan
keperluan bidang pengajian. Melalui Majlis Dekan IPTA, interaksi secara berkala diadakan dengan pihak industri dan
pihak berkepentingan (stakeholders). Sehingga kini, beberapa sesi pertemuan yang diterajui oleh KPT dengan pihak
industri dalam bidang ICT (dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Multimedia, MDeC), perbankan dan
insurans (dengan kerjasama Bank Negara Malaysia), pengurusan (dengan syarikat berkaitan kerajaan, GLC) dan
media massa (dengan kerjasama BERNAMA) dan perkhidmatan kerajaan (dengan kerjasama Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam) telah diadakan dan berjaya memberi impak yang berkesan kepada semua pihak yang
berkepentingan.
59
58
Kotak 4.1
Hasil Pembelajaran dalam Kerangka Kelayakan Malaysia
1. Penguasaan bidang ilmu dan dapat mengamalkannya.
2. Kemahiran praktikal atau psikomotor.
3. Penguasaan keupayaan kognitif dan kaedah saintifik dalam pemikiran,
menyelesai masalah dan membuat keputusan secara autonomi dan
beretika.
4. Kemahiran komunikasi dalam bahasa Malaysia dan sekurang-
kurangnya satu bahasa global, kebolehan memimpin dan kerja
berpasukan.
5. Kemahiran menggunakan teknologi dan mengurus maklumat.
6. Penguasaan kemahiran dan sikap untuk pembelajaran sepanjang
hayat.
7. Keperibadian etika, nilai dan profesionalisme.
8. Kebertanggungjawaban sosial dan akauntabiliti dalam memberikan sumbangan kepada
kemajuan masyarakat setempat, negara dan dunia.