

PELAN STRATEGIK
PENGAJIAN TINGGI NEGARA
Kelestarian PTPTN
3.37 Daripada segi pembiayaan PTPTN, pelbagai cabaran akan ditangani melalui model
pembiayaan dan kutipan untuk memastikan kelestarian PTPTN dengan mengambil kira
langkah berikut:
i.
Mempertingkatkan usaha menggalakkan lebih ramai pelajar menyertai Skim Simpanan
Pendidikan Nasional (SSPN).
ii.
Menyelaraskan sumber simpanan daripada institusi kewangan atau skim lain yang
dilancarkan oleh Kerajaan berkaitan dengan pendidikan yang diguna pakai sebelum
menggunakan skim pinjaman PTPTN.
iii. Menyelaraskan had pendapatan bulanan keluarga pelajar
digunakan sebagai asas penetapan kos pentadbiran dan kadar
pinjaman.
iv. Menggunakan amalan terbaik dalam urusan bayaran balik melalui
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), sistem pentadbiran dan
sistem pengesanan peminjam untuk memastikan kutipan bayaran
balik sepenuhnya menjelang tahun 2015 dan seterusnya
berdikari dari segi kewangan menjelang tahun 2020. Ini
mempunyai hubung kait dengan sistem prestasi pinjaman dalam
sektor perbankan.
v.
Menyediakan kadar bayaran balik yang fleksibel dan setimpal
dengan pendapatan.
vi. Mengambil tindakan lebih tegas terhadap mereka yang ingkar membuat pembayaran
balik.
vii. Menyediakan kadar pinjaman yang berbeza bagi setiap pengajian mengikut tahap
pengajian dan sebagainya.
viii. Menyediakan jumlah pinjaman yang meliputi yuran pengajian sebenar.
Meningkatkan ekuiti
3.35 Untuk meningkatkan ekuiti pengajian tinggi, langkah-langkah berikut akan dilaksanakan:
i
Menyediakan kriteria dan mekanisme kemasukan pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan dan bakat.
Contohnya pelajar yang mewakili negara dalam pelbagai arena pertandingan sukan, kebudayaan, kesenian, reka
cipta dan lain-lain di peringkat antarabangsa.
ii
Menyediakan mekanisme pengiktirafan
Prior Learning Experience
bagi menggalakkan lebih ramai pelajar matang
mengikuti pengajian di IPT terutama di IPTS yang menawarkan kursus secara pendidikan jarak jauh dan
kemasukan terbuka.
iii Menyediakan kriteria kemasukan khusus untuk golongan miskin di bandar dan luar bandar, bumiputera di Sabah
dan Sarawak, orang Asli dan OKU.
iv Mengkaji penyertaan mengikut gender di IPT terutama dalam bidang sains dan teknologi serta tahap pengajian
lepasan ijazah.
Memantapkan sistem pembiayaan pelajar
3.36 Bagi memantapkan sistem pembiayaan pelajar, kerajaan akan mengkaji penubuhan Dana Pembangunan Modal Insan
Pengajian Tinggi Malaysia yang akan dijayakan melalui permuafakatan bestari antara kerajaan dan pihak swasta.
Penubuhan dana ini akan didaya usahakan oleh KPT. Dana ini akan digunakan untuk:
i.
Biasiswa berprestij kepada pelajar cemerlang di pelbagai bidang; dan
ii.
Bantuan kewangan kepada golongan miskin di bandar dan luar bandar, bumiputera di Sabah dan Sarawak, orang
Asli dan OKU yang layak memasuki IPT.
53
52