

PELAN STRATEGIK
PENGAJIAN TINGGI NEGARA
CABARAN
3.28 Sistem pengajian tinggi semasa memerlukan kepelbagaian program pengajian dan
latihan untuk memastikan semua orang berpeluang menyertai pengajian tinggi tanpa
kekangan kewangan. Manakala ekuiti pula memerlukan kesaksamaan dari segi penyertaan
pengajian tertiari mengikut pecahan status ekonomi, etnik, wilayah dan keupayaan
fizikal. Oleh itu, perlu dipastikan meritokrasi kepelbagaian dan laluan khas yang diperlukan
oleh golongan tertentu bukan sahaja mendapat perhatian sewajarnya tetapi terus
dipertingkatkan oleh kerajaan.
3.29 Seiring dengan pertambahan bilangan pelajar dan persaingan untuk mendapatkan tempat
di IPT, sumber bantuan kewangan yang terhad menghalang peluang
pelajar untuk melanjutkan pengajian. Peranan dan status PTPTN
perlu dilihat semula untuk membolehkan PTPTN menampung
bilangan pelajar yang semakin meningkat. Dalam hubungan ini,
sumber pembiayaan alternatif perlu diterokai bagi membolehkan
semua orang berpeluang menyertai pengajian tinggi.
3.30 Selain bantuan kewangan, masih terdapat perbezaan dari segi
prasarana, teknologi, sumber dan bahan pembelajaran. Pada masa
yang sama, kekurangan pendedahan kepada peluang latihan dan
pembudayaan pembelajaran masih wujud di antara institusi pengajian
tinggi. Maka transformasi pengajian tinggi dapat menjamin sekurang-
kurangnya piawai minimum bagi memastikan semua pelajar
didedahkan kepada peluang pengalaman pembelajaran yang
saksama.
3.31 Penambahan bilangan pelajar bertaraf sijil dan diploma adalah cabaran yang besar bagi
memastikan nisbah pelajar bukan ijazah dengan ijazah mencapai 2:1. Hal ini memerlukan
peningkatan prasarana dan pembinaan lebih banyak institusi pengajian yang menawarkan
kursus di peringkat sijil dan diploma.
Dalam konteks ini, kerajaan perlu mengkaji
keperluan untuk menggiatkan pembinaan politeknik dan kolej komuniti.
Jadual 3.8
Peruntukan Dana dan Kos Subsidi Kerajaan kepada PTPTN
untuk Pembiayaan Pinjaman Pelajar Pengajian Tinggi
Sumber:
PerbadananTabung PendidikanTinggi Nasional (PTPTN)
3.26 Model pembiayaan PTPTN seperti di
Jadual 3.8
boleh dijadikan lebih berdaya maju dalam jangka panjang sekiranya
amalan terbaik antarabangsa bagi skim pinjaman yang sama dapat diguna pakai di negara ini untuk mengurangkan
bebanan kepada kerajaan dari segi subsidi pinjaman yang sangat tinggi. Ke arah ini, beberapa langkah berkaitan telah
pun dalam pelaksanaan PTPTN. Memandangkan kemudahan pembiayaan mempunyai kaitan yang rapat dengan
akses pengajian tinggi dan sebagai satu agenda nasional yang penting, maka kerajaan perlu meneroka kaedah
pembiayaan yang lebih lestari. Di samping itu, dana pembangunan modal insan atau kaedah pembiayaan yang lain
termasuk dari sektor swasta perlu diwujudkan untuk memastikan setiap individu yang layak menyertai pendidikan
tertiari tidak dinafikan peluang mereka disebabkan kekangan kewangan.
3.27 Dalam hubungan ini, PTPTN telah mewujudkan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebagai satu instrumen
untuk membantu ibu bapa mengurangkan kesulitan kewangan apabila anak-anak mereka melanjutkan pengajian ke
IPT. Namun demikian, syarat wajib simpanan RM500 bagi keluarga yang berpendapatan bulanan yang kurang dari
RM2,000 dan bagi keluarga yang berpendapatan melebihi RM2,000, simpanan RM3,000 diperlukan sebelum anak
mereka layak memohon pinjaman PTPTN. SSPN mempunyai kelebihan berbanding dengan skim simpanan lain di
pasaran. Pendeposit yang mempunyai pendapatan bulanan RM2,000 ke bawah akan ditawarkan insentif kewangan
dalam bentuk geran sepadan
(matching grant)
bersamaan dengan jumlah simpanan tertakluk kepada amaun
maksimum RM10,000. Manakala pendeposit yang mempunyai pendapatan bulanan melebihi RM2,000 akan
menikmati pelepasan cukai pendapatan sehingga RM3,000.
49
48
RMKe-9
(RM’ bilion)
RMKe-10
(RM’ bilion)
RMKe-11
(RM’ bilion)
Keperluan Dana Pinjaman
Pengajian Tinggi
19.83
38.85
71.40
Subsidi Kerajaan
3.36
9.68
16.12