Table of Contents Table of Contents
Previous Page  135 / 180 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 135 / 180 Next Page
Page Background

105

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Penurunan kuasa kepada IPTA untuk melantik tenaga pengajar dan pensyarah luar secara

kontrak telah mempermudah dan mempercepatkan urusan pengisian jawatan pensyarah di

IPTA.

Infrastruktur

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9), 2006-2010, KPT melaksanakan

sebanyak 669 projek iaitu 511 projek fizikal dan 158 projek bukan fizikal (terdiri daripada

perolehan peralatan, tanah, pembelian bangunan, ICT, Latihan Penyelidikan (SLAI), Geran

Penyelidikan Fundamental (FRGS), Pembangunan Kokurikulum dan Sumber Manusia untuk

Politeknik dan Kolej Komuniti.

Dari segi prestasi perbelanjaan pembangunan di bawah RMKe-9, KPT telah membelanjakan

98.87% daripada jumlah peruntukan yang dikeluarkan.

Mengoptimumkan penggunaan ICT – Dalam Fasa 1, sebanyak 17 aplikasi dibangunkan

di bawah projek ISP. Antara cabaran yang dihadapi termasuklah penggunaan

Technology

Platform

yang kurang stabil, kelemahan pengurusan projek oleh pihak vendor, masalah

kepakaran teknikal dan perubahan keperluan pengguna.

60 sistem atas talian yang dibangunkan oleh KPT dan penggunaan sistem e-Government

telah banyak membantu mempercepatkan urusan dengan pelanggan seperti Sistem UPU

(Kemasukan Pelajar), MyMohes (Sistem Maklumat IPTA),

Tracer Study

(Sistem Pengesanan

Graduan), Sistem Pengurusan Biasiswa/ Pinjaman, Sistem Profil Akademik, Sistem Pengurusan

Dokumen Jemaah Menteri, Sistem Aduan (ICMS), e-SISDOK (Sistem Dokumen), SPPII (Sistem

Pemantauan Projek) dan lain-lain termasuk HRMIS telah digunakan sepenuhnya di KPT.

Sebagai rumusan, pada Fasa 1 PSPTN, sistem penyampaian KPT mencapai kedudukan dan taraf cemerlang.

Peningkatan imej tersebut telah menjadikan KPT sebagai rujukan umum oleh agensi-agensi Kerajaan yang

lain.

Tumpuan Fasa 2

Dalam Fasa 2, bagi memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan KPT, usaha-usaha strategik akan

terus digembleng untuk memastikan peranan pemudahcaraan KPT berterusan dan menjadi lebih berkesan

ke arah pelaksanaan projek-projek dan inisiatif dalam PSPTN demi meningkatkan ketertampakan

(visibility)

dan imej korporat KPT secara keseluruhannya. Pelan tindakan yang dibangunkan memberi fokus kepada

membangunkan

feel good factor

dalam kalangan pemegang taruh dengan pelaksanaan strategi-strategi

berikut: