

104
Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
Budaya
•
Budaya Kerja Cemerlang sentiasa diterapkan melalui program-program Islam Hadhari, aktiviti
sosial dan kebajikan, Amalan 5S dan pematuhan kepada Pelan Integriti KPT yang dibangunkan
di samping Kod Etika Kerja dan Lima Nilai Teras Budaya Korporat KPT yang diperteguhkan
dari semasa ke semasa seperti professionalisme, bekerja sebagai satu pasukan, berintegriti,
berorientasikan pelanggan dan warga.
•
Sistem Pengurusan Audit Nilai (SPAN) yang mengukur keberkesanan program pembaharuan
perkhidmatan awam dari aspek pengamalan nilai-nilai murni di bawah KPT menunjukkan
tahap Indeks Komposit KPT bagi tahun 2010 iaitu 73.9 yang memerlukan penambahbaikan
melalui program yang lebih mantap dan pemantauan yang berterusan.
Kewangan
•
Indeks Akauntabiliti (IA) yang dinilai oleh Jabatan Audit Negara melalui pengukuran
pematuhan kepada peraturan dan prosedur kewangan, KPT mencapai tahap Tiga Bintang
dengan tahap tertinggi Empat Bintang pada tahun 2008 dan 2009. Sasaran pada tahun 2010
ialah tahap tertinggi iaitu Empat Bintang.
•
Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan Sektor Awam (AKPK) yang disertai buat pertama kali
oleh KPT telah mendapat tempat kedua pada tahun 2008. Anugerah tersebut tidak diadakan
pada tahun 2009.
•
Sistem e-SPKB dan ePerolehan telah dilaksanakan secara meluas sehingga mencapai
matlamat sekurang-kurangnya 70% jumlah perolehan dan dilaksanakan di hampir
keseluruhan PTJ yang bernaung di bawah KPT. Pelaksanaan yang aktif KPT dalam ePerolehan
telah menerima penghargaan dan sijil oleh Commerce Dot Com pada tahun 2011 sebagai
pengguna paling aktif.
Sumber Manusia
•
Sumber manusia yang kompeten dan memenuhi kriteria serta ciri kepimpinan dibangunkan
melalui Pelan Operasi Latihan KPT dan Program-program Sahsiah yang berterusan.
•
Penganugerahan Pekerja Contoh dan Tokoh Pekerja KPT yang diperkenalkan pada tahun
2010 memberi suntikan semangat kepada pekerja dan warga untuk berkhidmat dengan
penuh dedikasi.