Table of Contents Table of Contents
Previous Page  137 / 180 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 137 / 180 Next Page
Page Background

107

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Dalam Fasa 2 juga, tumpuan ke arah membudayakan inovasi dalam sistem penyampaian

Kementerian akan dilaksanakan dengan menggalakkan perekayasaan proses kerja (

Business

Process Reengineering

; BPR), penggunaan secara meluas teknologi maklumat dan komunikasi,

penyediaan Pelan Tindakan Inovasi dan Kreativiti yang merangkumi aktiviti-aktiviti

pembudayaan inovasi secara terancang dan melaksanakan usaha bagi meningkatkan

kesedaran tentang perlunya pendekatan inovasi dan kreativiti dalam penyampaian

perkhidmatan. Usaha juga akan diambil untuk mempromosi hasil inovasi dan kreativiti yang

dilaksanakan dengan jayanya kepada warga organisasi, pelanggan dan pemegang taruh,

serta menambah baik saluran yang sedia ada, bagi membolehkan pelanggan

mengemukakan cadangan inovasi dan kreativiti untuk meningkatkan penyampaian

perkhidmatan.

Peningkatan penggunaan ICT secara meluas dengan penambahbaikan terhadap akses dan

kualiti infrastruktur dan infostruktur.

Pembangunan dan pelaksanaan ICT di KPT adalah berdasarkan strategi pemantapan info

dan infra ICT yang sedia ada. Usaha untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dalam sistem

pengurusan akan dilaksanakan bagi menyokong sistem penyampaian KPT. Bagi Fasa 2,

tumpuan Pelan Strategik ICT adalah untuk penambahbaikan sistem penyampaian dan

penambahbaikan akses dan kualiti ICT KPT.

Pelaksanaan projek pembangunan yang lebih menjurus kepada infrastruktur bukan fizikal

berbanding fizikal dengan tumpuan dan penekanan kepada keberhasilan

(outcome)

.

Peruntukan berjumlah RM4.70 bilion telah diluluskan kepada KPT bagi tempoh 2011-2012. Ini

melibatkan RM2.82 bilion untuk projek-projek sambungan RMKe-9 yang sebahagian besarnya

dapat disiapkan dalam tahun 2011 manakala RM1.88 bilion adalah bagi projek-projek baru

dalam RMKe-10. Sepanjang tempoh tersebut, KPT akan melaksanakan 240 projek yang mana

210 merupakan projek sambungan RMKe-9 manakala 30 lagi merupakan projek baru.

Daripada 240 projek tersebut, 204 merupakan projek fizikal dan 36 adalah projek bukan fizikal.

Fokus RMKe-10 bukan hanya kepada pembinaan bangunan, makmal dan prasarana

semata-mata. Tumpuan adalah lebih menjurus kepada pembangunan infrastruktur bukan

fizikal berbanding fizikal. Tumpuan fokus sebegini ini selaras dengan penekanan kepada

keberhasilan

(outcome)

, misalnya mengalihkan tumpuan daripada membina bangunan

akademik kepada meningkatkan kemahiran tenaga pengajar untuk pencapaian pelajar

yang cemerlang.