

113
Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
tahun memandangkan kumpulan tersebut merupakan golongan rakyat yang masih aktif dan produktif bagi
memaju dan membangunkan ekonomi negara.
Dalam konteks keperluan negara, PSH ditakrifkan sebagai semua pembelajaran yang dilalui oleh seseorang
individu dalam lingkungan umur 15 tahun ke atas kecuali pelajar profesional. Pelajar profesional adalah
golongan pelajar yang menyertai pendidikan sepenuh masa sama ada di sekolah, kolej, institusi latihan
ataupun universiti dengan matlamat akan memasuki pasaran kerja buat pertama kali bagi individu tersebut.
Unjuran penduduk Malaysia adalah seramai 34.2 juta orangmenjelang tahun 2020 dan golongan pekerja yang
berada dalam lingkungan umur antara 15 hingga 64 tahun adalah sebanyak 26.2 juta orang. Maka potensi
dan permintaan untuk program PSH disalurkan kepada rakyat jelata adalah jelas bagi tujuan peningkatan
kemahiran dan pengetahuan yang seterusnya dapat menyumbangkan nilai dan pembangunan ekonomi
negara. Sasaran Pelan Induk Pembudayaan PSH untuk Malaysia adalah 50% daripada penduduk berumur 15
hingga 64 tahun akan berpeluang menyertai program peningkatan diri PSH menjelang tahun 2020. Usaha ini
akan memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 13.1 juta orang penduduk.
PSH yang dilaksanakan oleh IPT menggunakan pendekatan pendidikan jarak jauh, pendidikan fleksibel,
pengiktirafan pengalaman bekerja
(recognition of prior learning)
dan penawaran kursus pendek bagi
peningkatan pengetahuan dan kemahiran diri.
Asas penubuhan dan kepentingan Projek Agenda Kritikal (CAP) Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) adalah
bagi membudayakan PSH dan memperkasakan program dan aktiviti PSH melalui:
•
peningkatan kesedaran dan penyertaan PSH;
•
pewujudan mekanisme dan infrastruktur yang dapat memudah cara serta memberi
pengiktirafan dan akreditasi PSH;
•
penyelarasan program PSH oleh semua institusi / agensi di bawah KPT agar tiada pertindihan
program dan aktiviti;
•
penggalakan perkongsian sumber dan infrastruktur dalam melaksanakan PSH;
•
sokongan kewangan dan insentif yang sewajarnya; dan
•
pemantauan program aktiviti PSH secara berkala;