

103
Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
PROJEK AGENDA KRITIKAL
SISTEM PENYAMPAIAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT)
Pengenalan
CAP Sistem Penyampaian KPT diwujudkan untuk merancang strategi dan melaksanakan inisiatif di bawah
Teras Ke-7 PSPTN untuk KPT bertindak sebagai pemudah cara ke arah memperkasakan pengajian tinggi
negara dan menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa menjelang
tahun 2020.
Justeru, untuk merealisasikan matlamat tersebut, Sistem Penyampaian KPT perlu bersifat proaktif dan responsif
dengan memberi perkhidmatan yang berkualiti, cekap, berkesan dan efisien serta memenuhi kehendak
pelanggan dan
stakeholders
melalui aspek tadbir urus terbaik, budaya kerja cemerlang, sumber kewangan
yang mencukupi, sumber manusia yang kompeten dan infrastruktur yang lengkap.
Rumusan Status Fasa 1
Secara keseluruhannya bagi Fasa 1- Peletakan Asas (2007-2010) Sistem Penyampaian KPT telah melalui proses
transformasi dengan peningkatan dan penambahbaikan mutu perkhidmatan. Antara pencapaian CAP
pada Fasa 1 adalah seperti berikut:
Tadbir Urus
•
Pada tahun 2010, KPT telah memperoleh penarafan Lima Bintang dalam Penilaian Sistem Star
Rating (SSR) MAMPU dengan
prestasi cemerlang
berbanding dengan tahun 2007 (penarafan
Empat Bintang) dan tahun 2008 (penarafan Tiga Bintang) dan berada di tangga ketiga
daripada 27 Kementerian yang dinilai pada tahun berkenaan.
•
Bagi tempoh 2007-2010, Indeks Kualiti Perkhidmatan
(Quality Service Index)
Kementerian telah
meningkat ke tahap cemerlang dengan pencapaian 90% pada tahun 2008, 94% pada tahun
2009 dan 99.8 % pada tahun 2010.
•
KPT telah memperolehi pengiktirafan Pensijilan Semula MS ISO 9001: 2008 pada tahun 2010.