Table of Contents Table of Contents
Previous Page  131 / 180 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 131 / 180 Next Page
Page Background

101

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Inisiatif e-Pembelajaran dalam Fasa 1 pada keseluruhannya telah mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Status penggunaan e-Pembelajaran dan kedudukan prasarana untuk pengajian tinggi juga telah ditentukan.

Dasar e-Pembelajaran telah selesai digubal dan dipersetujui oleh pemegang taruh dan melalui dasar ini, satu

kerangka dan sasaran mengikut fasa telah dibangunkan untuk tempoh 2011-2015.

Tumpuan Fasa 2

Dalam Fasa 2, Pasukan Projek CAP e-Pembelajaranmenumpukan kepada pelaksanaan Dasar e-Pembelajaran

dan penetapan sasaran dalam Fasa Permulaan (2011-2012), Fasa Pengisian (2013-2014) dan Fasa Optimum

(2015) e-Pembelajaran. Selain itu, Fasa 2 juga memfokuskan kepada penerapan e-Kandungan dalam

Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) di samping pembangunan dan perkongsian repositori dan direktori

bahan pembelajaran digital untuk kegunaan dan rujukan. Bagi merealisasikan hasrat ini, Dasar e-Pembelajaran

Negara (DePAN)telah dilancarkan oleh YB. Menteri Pengajian Tinggi pada 16 April 2011.

Keberhasilan e-Pembelajaran dalam Fasa Optimum (2015) dibahagikan kepada lima tonggak seperti berikut:

Infrastruktur:

IPT mempunyai jalur lebar berkelajuan tinggi; menubuhkan unit

helpdesk

/khidmat

sokongan atau koordinator dan menyediakan pelantar e-Pembelajaran dan peralatan ICT.

Struktur organisasi:

IPT mempunyai visi danmisi untukmengintegrasikan e-Pembelajaran dalam

pembelajaran dan pengajaran; menubuhkan satu pasukan e-Pembelajaran; membina polisi

e-Pembelajaran dan menubuhkan unit e-Pembelajaran serta menyelaraskan aktiviti

e-Pembelajaran dengan kerjasama Pusat ICT.

Perkembangan Profesional:

Staf dan pelajar mempunyai pengetahuan dalampedagogi serta

mengamalkan e-Pembelajaran; kemahiran dalam teknologi dan literasi maklumat telah

dikuasai oleh staf dan pelajar IPT; dan staf, pelajar dan

stakeholders

IPT mempunyai sikap

yang positif terhadap e-Pembelajaran.

Kurikulum dan e-Kandungan:

Mempunyai kurikulum kursus dalam mod

blended

; 50%

e-Kandungan asli dapat dibangunkan; melaksanakan aktiviti e-Penaksiran; dan pewujudan

standard atau piawai e-Pembelajaran boleh diguna pakai di semua IPT.

Pembudayaan:

Staf dan pelajar menggunakan e-Pembelajaran secarameluas; IPT menyebar

dan berkongsi amalan terbaik dalam e-Pembelajaran serta memberi pengiktirafan nasional.