Previous Page  122 / 140 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 122 / 140 Next Page
Page Background

121

Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

2016

prestasi kewangan

Kumpulan akan membuat anggaran ke atas jumlah perkhidmatan boleh pulih aset. Jumlah

perkhidmatan boleh pulih aset adalah nilai tertinggi di antara nilai saksama ditolak kos

untuk dijual dan nilai dalam penggunaan.

Kerugian kemerosotan diiktiraf sebagai perbelanjaan dalam penyata prestasi kewangan

serta merta apabila nilai dibawa aset melebihi jumlah perkhidmatan boleh pulihnya.

Dalam menentukan nilai dalam penggunaan, Kumpulan telah mengguna pakai pendekatan

kos penggantian yang disusut nilai. Di bawah pendekatan ini, nilai semasa baki potensi

perkhidmatan aset ditentukan sebagai kos penggantian aset yang telah disusut nilai.

Kos penggantian yang disusut nilai akan diukur dengan mengambilkira kos penggantian

aset ditolak susut nilai terkumpul yang dikira atas kos itu bagi mencerminkan potensi

perkhidmatan aset yang telah digunakan atau sudah luput.

Dalam menentukan nilai saksama ditolak kos untuk dijual pula, harga aset dalam perjanjian

yang mengikat akan dilaraskan bagi menentukan harga pelupusan aset tersebut. Jika

tiada perjanjian yang mengikat, tetapi aset tersebut diniagakan di pasaran secara aktif,

maka nilai saksama ditolak kos untuk dijual adalah ditentukan dengan merujuk kepada nilai

pasaran terkini ditolak kos pelupusan. Jika tiada perjanjian jual mengikat atau pasaran aktif

bagi aset, Kumpulan menentukan nilai saksama ditolak kos untuk menjual berdasarkan

maklumat yang ada yang terbaik.

Bagi setiap aset, penilaian dibuat pada setiap tarikh laporan sama ada terdapat sebarang

petunjuk yang sebelum ini kerugian rosotnilai yang diiktiraf mungkin tidak lagi wujud

atau telah berkurangan. Jika petunjuk sedemikian wujud, Kumpulan menganggarkan

jumlah perkhidmatan boleh pulih aset. Kerugian kemerosotan nilai yang diiktiraf

sebelumnya dibalikkan hanya jika terdapat perubahan dalam andaian yang digunakan

untuk menentukan jumlah perkhidmatan boleh pulih aset sejak kerugian kemerosotan

nilai terakhir diiktiraf. Pembalikan adalah terhad setakat nilai dibawa aset tidak melebihi

jumlah perkhidmatan boleh pulih atau tidak melebihi nilai dibawa yang mungkin

setelah susut nilai terkumpul seperti tiada kerugian kemerosotan nilai diiktiraf bagi aset

tersebut dalam tahun sebelumnya. Pembalikan tersebut diiktiraf dalam penyata prestasi

kewangan.

m)

Aset Kewangan

Aset kewangan diiktiraf dalam penyata kedudukan kewangan apabila Kumpulan menjadi pihak

kepada peruntukan kontrak instrumen.

Pada pengiktirafan awal, aset kewangan adalah diukur pada nilai saksama, termasuk kos

urusniaga untuk aset kewangan yang tidak diukur pada nilai saksama menerusi lebihan atau

kurangan, yang terlibat secara langsung di dalam mengisu aset kewangan.

Selepas pengiktirafan awal, aset kewangan akan dikelaskan kepada salah satu daripada empat

kategori aset kewangan iaitu aset kewangan diukur pada nilai saksama menerusi lebihan atau

kurangan, pinjaman dan belum terima, pelaburan dipegang hingga matang dan aset kewangan

sedia untuk dijual.

Pembelian atau penjualan aset kewangan yang memerlukan penyerahan aset dalam tempoh

masa yang ditetapkan oleh peraturan atau konvensyen di dalam pasaran akan diiktiraf pada

tarikh transaksi itu dibuat, iaitu tarikh di mana Kumpulan membuat komitmen untuk membeli

atau menjual aset tersebut.

Kumpulan hanya mempunyai kategori aset kewangan seperti berikut:

Pinjaman dan Belum Terima

Pinjaman dan belum terima adalah aset kewangan bukan derivatif dengan bayaran tetap atau

boleh ditentukan yang tidak disebut harga dalam pasaran aktif. Selepas pengukuran awal, aset

kewangan tersebut kemudiannya diukur pada kos dilunaskan menggunakan kaedah faedah

berkesan dan ditolak rosotnilai. Kos dilunaskan dikira dengan mengambil kira apa-apa diskaun