Previous Page  124 / 140 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 124 / 140 Next Page
Page Background

123

Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

2016

prestasi kewangan

p) Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)

Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan berkuatkuasa pada 1 April 2015. Sebagai

Universiti Awam yang menyediakan perkhidmatan pendidikan, skop pembekalan UPNM adalah

pembekalan dikecualikan dan boleh dirujuk dalam Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan

(Pembekalan Dikecualikan) 2014 P.U.(A) 271. Implikasi kepada UPNM adalah seperti berikut:

i)

Cukai Output

Perkhidmatan pendidikan seperti yuran pengajian, yuran asrama dan perkhidmatan

pentadbiran yang berkaitan dengan pembekalan pendidikan adalah dikecualikan daripada

GST dan tiada cukai output dibayar. Perkhidmatan bukan pendidikan contohnya seperti

penganjuran seminar atau sewaan ruang niaga adalah tertakluk kepada GST berkadar

standard (6%) atau berkadar sifar (0%).

ii)

Perintah Relif

Universiti Awam tidak membayar GST untuk perolehan bekalan berkaitan pendidikan

kerana pembekal tidak mengenakan GST terhadap perolehan barang terpilih yang

mendapat perintah relif di bawah pendidikan.

iii) Cukai Input

UPNM menanggung GST yang dikenakan oleh pembekal bagi perolehan perkhidmatan

berkaitan dengan pendidikan. UPNM boleh menuntut GST (cukai input) bagi perolehan

bekalan/perkhidmatan berkadar standard 6% sekiranya perolehan tersebut ada kaitan

dengan pembekalan berkadar standard 6% (cukai output).

q)

Aset Tak Ketara

Aset tak ketara diiktiraf apabila ia terdapat kemungkinan bahawa manfaat ekonomi masa

hadapan atau potensi perkhidmatan akan mengalir kepada entiti dan kos atau nilai saksama

aset boleh diukur dengan pasti.

Aset tak ketara diambilalih secara berasingan adalah diukur pada kos pada awalnya manakala

aset yang diperolehi melalui urus niaga bukan pertukaran akan diukur berdasarkan nilai saksama

pada tarikh perolehan. Selepas itu, aset tak ketara diukur pada kos ditolak sebarang pelunasan

terkumpul dan sebarang kerugian rosot nilai terkumpul, jika ada. Kos yang berkaitan dengan

aset tak ketara yang dijanakan secara dalaman kecuali perbelanjaan pembangunan diiktiraf

sebagai perbelanjaan.

Sesuatu aset tak ketara itu akan dinilai sama ada terdapat tempoh jangkaan hayat ataupun

tidak. Jika aset tak ketara itu tidak mempunyai jangkaan hayat, maka ia tidak perlu dilunaskan

tetapi perlu dinilai sama ada perlu dibuat rosot nilai jika terdapat sebarang petunjuk.

Perisian komputer dilunaskan berdasarkan jangkaan hayat selama 5 tahun.

Pada setiap tarikh pelaporan, tempoh dan kaedah pelunasan akan dikaji semula jika terdapat

tanda perubahan yang ketara dalam faktor-faktor yang memberi kesan kepada nilai sisa,

jangkaan hayat atau corak penggunaan aset sejak tarikh pelaporan tahunan yang lalu.

Keuntungan atau kerugian atas nyahiktiraf aset tak ketara adalah ditentukan dengan

membandingkan nilai pelupusan bersih dengan nilai dibawa aset di mana perbezaannya akan

diambil kira sebagai keuntungan atau kerugian di dalam penyata prestasi kewangan.

Kos penyelidikan dan pembangunan

Kos penyelidikan diiktiraf sebagai perbelanjaan. Kos pembangunan pada projek individu diiktiraf

sebagai aset tidak ketara apabila entiti dapat menunjukkan bahawa:

• Kebolehlaksanaan teknikal dalam menyempurnakan aset tersebut agar aset itu boleh

digunakan atau dijual;

• Keinginan untuk menyempurnakan dan keupayaan untuk menggunakan atau menjual aset

tersebut;