Previous Page  119 / 140 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 119 / 140 Next Page
Page Background

118

Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

2016

prestasi kewangan

Jika terdapat tanda perubahan yang ketara dalam faktor-faktor yang memberi kesan kepada nilai sisa,

jangkaan hayat atau corak berguna aset sejak tarikh laporan tahunan lepas, nilai sisa, kaedah susutnilai

dan hayat berguna aset yang boleh disusutnilai akan disemak semula dan dilaraskan secara prospektif.

e)

Manfaat Pekerja

i)

Manfaat Jangka Pendek

Upah, gaji, bonus dan sumbangan keselamatan sosial dikira sebagai perbelanjaan dalam

tahun di mana perkhidmatan berkaitan diberikan oleh pekerja. Pengumpulan ganti rugi

jangka pendek bagi ketidakhadiran seperti cuti tahunan bergaji akan diambil kira apabila

perkhidmatan diberikan oleh pekerja di mana hak mereka terhadap ganti rugi ketidakhadiran

di masa hadapan akan meningkat dan ganti rugi jangka pendek yang tidak dikumpulkan di

atas ketidakhadiran seperti cuti sakit akan dikira apabila ketidakhadiran berlaku.

ii)

Manfaat Jangka Panjang

Pengumpulan jangka panjang ganjaran ketidakhadiran seperti cuti tahunan berbayar

akan diambil kira apabila perkhidmatan telah diberikan oleh pekerja yang mana telah

meningkatkan hak mereka ke atas ganjaran ketidakhadiran di masa hadapan.

Jenis manfaat pekerja jangka panjang yang diiktiraf secara akruan adalah bayaran Gantian

Cuti Rehat (GCR) untuk pekerja yang telah mencapai umur 40 tahun bagi wanita dan 45

tahun bagi lelaki dengan andaian bahawa pada umur tersebut pekerja yang berkaitan

mempunyai hak untuk membuat persaraan pilihan berbanding umur bersara wajib iaitu

ketika mencapai umur 60 tahun.

Universiti juga mengiktiraf bayaran pampasan bagi pekerja kontrak yang akan tamat pada

satu atau dua tahun berikutnya sebagai perbelanjaan dalam Penyata Prestasi Kewangan.

iii) Pelan Sumbangan Terancang

Seperti diperuntukkan oleh undang-undang, semua perbadanan di Malaysia membuat

sumbangan kepada skim pencen, dan kumpulan wang simpanan pekerja. Sumbangan

tersebut diambil kira sebagai perbelanjaan di dalam penyata prestasi kewangan apabila

perbelanjaan tersebut dilakukan.

f)

Cukai

UPNM adalah dikecualikan daripada cukai pendapatan atas hasilnya di bawah perenggan 13

Jadual 6 Akta Cukai Pendapatan 1967 kecuali bagi hasil dividen.

Perbelanjaan cukai pendapatan entiti yang dikawal yang diiktiraf di dalam penyata prestasi

kewangan adalah terdiri daripada cukai semasa dan cukai tertunda. Cukai semasa adalah

jumlah jangkaan cukai pendapatan yang perlu dibayar berhubung dengan keuntungan yang

boleh dicukai bagi tahun semasa dan dikira menggunakan kadar cukai yang telah digubal atau

sebahagian besarnya digubal menjelang tarikh pelaporan.

Cukai yang perlu dibayar ke atas keuntungan boleh dicukai bagi tempoh semasa dan lalu

diiktiraf di dalam liabiliti semasa setakat yang tidak terbayar. Jika amaun yang dibayar berkenaan

dengan tempoh semasa dan lalu melebihi amaun yang perlu dibayar bagi tempoh-tempoh itu,

lebihan tersebut diiktiraf di dalam aset semasa.

Liabiliti dan aset cukai semasa diimbangi hanya apabila Syarikat mempunyai hak yang sah di sisi

undang-undang untuk mengimbangkan amaun dan berhasrat sama ada untuk menyelesaikan

pada asas bersih, atau merealisasikan aset dan menyelesaikan liabiliti secara serentak.

Cukai tertunda diperuntukkan menggunakan kaedah liabiliti, ke atas perbezaan sementara

pada tarikh penyata kedudukan kewangan di antara asas cukai aset dan liabiliti dan nilai

dibawa di dalam penyata kewangan. Pada dasarnya, liabiliti cukai tertunda diiktiraf bagi semua

perbezaan sementara boleh cukai. Aset cukai tertunda pula diiktiraf bagi perbezaan sementara

boleh ditolak, kerugian cukai belum digunakan dan kredit cukai yang tidak digunakan pada

tahap di mana ia berkemungkinan bahawa keuntungan boleh dicukai pada masa hadapan