

119
Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
2016
prestasi kewangan
boleh digunakan. Cukai tertunda tidak diiktiraf jika perbezaan sementara timbul daripada
muhibah atau muhibah negatif atau daripada pengiktirafan awal sesuatu aset atau liabiliti dalam
urus niaga yang bukan kombinasi perniagaan dan pada masa urus niaga, tidak menjejaskan
keuntungan perakaunan atau keuntungan boleh cukai.
Cukai tertunda dikira pada kadar cukai yang dijangka akan digunakan dalam tempoh di mana
aset direalisasi atau liabiliti diselesaikan, berdasarkan kadar cukai yang telah digubal atau
digubal sebahagian besarnya pada tarikh pelaporan. Cukai tertunda diiktiraf di dalam penyata
prestasi kewangan, kecuali apabila ia timbul daripada urus niaga yang diiktiraf secara langsung
dalam ekuiti, di mana cukai tertunda juga diiktiraf secara langsung dalam ekuiti, atau apabila ia
timbul daripada kombinasi perniagaan yang merupakan pengambilalihan, dalam mana cukai
tertunda dimasukkan ke dalam muhibah yang terhasil dan muhibah negatif.
g)
Pembinaan dalam Kemajuan
Pembinaan dalam kemajuan yang dilakukan oleh Universiti akan dimodalkan dalam hartanah,
loji dan peralatan setalah pendapat sijil perakuan layak menduduki (Certificate of Fitness (CF)).
Susut nilai tidak dikenakan ke atas bangunan yang masih dalam pembinaan.
h)
Liabiliti Kewangan
Liabiliti kewangan diiktiraf dalam penyata kedudukan kewangan apabila Kumpulan menjadi
pihak kepada peruntukan kontrak instrumen.
Pada pengiktirafan awal, liabiliti kewangan adalah diukur pada nilai saksama, termasuk kos
urusniaga untuk liabiliti kewangan yang tidak diukur pada nilai saksama menerusi lebihan atau
kurangan, yang terlibat secara langsung di dalam mengisu liabiliti kewangan.
Selepas pengiktirafan awal, liabiliti kewangan dikelaskan kepada salah satu daripada dua
kategori liabiliti kewangan iaitu liabiliti kewangan diukur pada nilai saksama menerusi lebihan
atau kurangan, dan pinjaman dan belum bayar.
Kumpulan hanya mempunyai kategori liabiliti kewangan seperti berikut:
Pinjaman dan Belum Bayar
Selepas pengiktirafan awal, pinjaman dan belum bayar adalah diukur pada kos dilunaskan
menggunakan kaedah faedah berkesan. Keuntungan atau kerugian diiktiraf di dalam lebihan
atau kurangan apabila liabiliti kewangan dinyahiktiraf atau dirosot nilai.
Kaedah faedah berkesan adalah kaedah untuk mengira kos dilunaskan liabiliti kewangan dan
untuk memperuntukan perbelanjaan faedah ke atas tempoh yang berkaitan. Kadar faedah
berkesan adalah kadar diskaun anggaran pembayaran tunai masa depan yang tepat menerusi
jangka hayat liabiliti kewangan atau, apabila sesuai, tempoh yang lebih singkat, dengan nilai
dibawa liabiliti kewangan tersebut.
Penyahiktirafan Liabiliti Kewangan
Liabiliti kewangan dinyahiktiraf apabila obligasi yang dinyatakan dalam kontrak telah dilepaskan,
dibatalkan atau tamat hayat.
Sebarang perbezaan di antara nilai dibawa liabiliti kewangan yang dinyahiktiraf dan pertimbangan
dibayar adalah diiktiraf di dalam lebihan atau kurangan dalam tempoh penyahiktirafan.
i)
Tunai dan Kesetaraan Tunai
Penyata aliran tunai telah disediakan menggunakan kaedah tidak langsung. Tunai dan
kesetaraan tunai terdiri daripada tunai di tangan dan di bank serta pelaburan berkecairan tinggi
dengan bank berlesen dan institusi kewangan yang sedia ditukar kepada amaun tunai yang
diketahui dan tertakluk kepada risiko perubahan nilai yang tidak ketara.
j)
Kaedah Penyatuan
Penyata kewangan yang disatukan terdiri daripada penyata kewangan UPNM dan entiti-entiti
yang dikawalnya. Entiti yang dikawal adalah entiti di mana Kumpulan mempunyai kuasa untuk