

117
Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
2016
prestasi kewangan
Hasil daripada Urus Niaga Pertukaran
Hasil daripada urus niaga pertukaran diiktiraf apabila terdapat kemungkinan bahawa manfaat
ekonomi masa hadapan atau potensi perkhidmatan akan mengalir kepada entiti dan manfaat
ini boleh diukur dengan pasti.
i) Hasil keuntungan daripada simpanan tetap diiktiraf atas dasar perkadaran masa yang
mengambil kira kadar pulangan hasil efektif atas aset tersebut. Kadar pulangan hasil efektif
ke atas aset ialah kadar keuntungan yang diperlukan untuk mendiskaunkan jangkaan aliran
penerimaan tunai masa hadapan sepanjang hayat aset tersebut untuk disamakan dengan
amaun bawaan awal aset tersebut.
Keuntungan simpanan tetap daripada tabung akan diagihkan sebagai pendapatan
tabung-tabung berkenaan, sekiranya pelaburan dibuat dari peruntukan tabung tersebut.
Bagi pelaburan simpanan tetap yang lain, pendapatan diambilkira dalam penyata prestasi
kewangan.
ii)
Yuran pengajian perlu dibayar setiap semester. Hanya yuran semester yang berkaitan
dengan tahun kewangan semasa diambil kira sebagai hasil.
iii) Hasil sewa diiktiraf apabila hasil itu diperoleh mengikut syarat perjanjian penyewaan.
iv) Lain-lain hasil diiktiraf apabila sesuatu perkhimatan itu telah diberikan.
c)
Hartanah, Loji dan Peralatan
Hartanah, loji dan peralatan dinyatakan pada kos setelah ditolak susut nilai terkumpul dan rosot
nilai terkumpul, jika ada. Kos termasuk semua kos langsung yang terlibat untuk membawa aset
tersebut ke lokasi dan keadaan yang membolehkannya beroperasi dalam cara yang dikehendaki
oleh pihak pengurusan. Kos penggantian bagi mana-mana aset yang memerlukan penggantian
secara berkala akan dipermodalkan manakala nilai dibawa bagi bahagian yang diganti tersebut
akan dinyahiktirafkan. Kos-kos perkhidmatan harian akan diiktiraf sebagai perbelanjaan dalam
penyata prestasi kewangan.
Jika sesuatu aset diperoleh melalui urus niaga bukan pertukaran, kos hendaklah diukur
berdasarkan nilai saksama pada tarikh perolehan. Aset-aset ini kemudiannya akan dikreditkan di
dalam penyata prestasi kewangan, melainkan jika terdapat syarat-syarat mengenai penggunaan
aset tersebut, di mana ia perlu diiktiraf di dalam liabiliti semasa.
Pembelian harta modal yang berharga RM3,000 dan ke atas bagi setiap unit manakala
pembaikan bangunan yang kosnya melebihi RM50,000 akan dipermodalkan.
Nilai dibawa item hartanah, loji dan peralatan hendaklah dinyahiktirafkan semasa pelupusan
atau apabila tiada manfaat ekonomi masa hadapan atau potensi perkhidmatan yang dijangka
daripada penggunaan atau pelupusannya. Keuntungan atau kerugian atas nyahiktiraf hartanah,
loji dan peralatan adalah ditentukan dengan membandingkan nilai pelupusan bersih dengan
nilai dibawa aset di mana perbezaannya akan diambil kira sebagai keuntungan atau kerugian di
dalam penyata prestasi kewangan.
d)
Susut Nilai
Susut nilai hartanah, loji dan peralatan dikira mengikut kaedah garis lurus berdasarkan jangkaan
hayat aset berkenaan dan dikenakan kepada kumpulan masing-masing. Tanah hak milik bebas
dan pembinaan dalam bangunan tidak disusut nilai.
Kadar susut nilai adalah seperti berikut:
Bangunan dan Ubahsuai
2%
Kemudahan/Infrastruktur
10%
Kenderaan
20%
Perabot/Buku Teks
20%
Alat Kelengkapan
25%