

120
Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
2016
prestasi kewangan
melaksanakan kawalan ke atas dasar-dasar kewangan dan operasi untuk memperoleh manfaat
daripada aktiviti-aktiviti mereka.
Entiti yang dikawal disatukan dengan menggunakan kaedah pengambilalihan perakaunan. Di
bawah kaedah pengambilalihan perakaunan, keputusan entiti yang dikawal yang diambil alih
atau dilupuskan di dalam tahun kewangan dimasukkan ke dalam penyata prestasi kewangan
yang disatukan dari tarikh pengambilalihan atau sehingga tarikh kuat kuasa pelupusan
mengikut kesesuaian. Aset-aset dan liabiliti entiti yang dikawal dinilai pada nilai saksama pada
tarikh pengambilalihan. Perbezaan antara kos pengambilalihan dan nilai saksama bahagian
Kumpulan dalam aset bersih entiti yang dikawal yang diambil alih pada tarikh pengambilalihan
dimasukkan dalam penyata kedudukan kewangan disatukan sebagai muhibah atau muhibah
negatif yang timbul dalam penyatuan.
Urus niaga antara Kumpulan, baki serta keuntungan tidak direalisasi dihapuskan semasa
penyatuan dan penyatuan penyata kewangan mencerminkan urus niaga luaran sahaja. Kerugian
tidak direalisasi dihapuskan semasa penyatuan melainkan kos tidak boleh diperoleh semula.
Keuntungan atau kerugian daripada pelupusan entiti yang dikawal adalah perbezaan di antara
hasil pelupusan bersih dan bahagian Kumpulan dalam aset bersih berserta dengan sebarang
baki muhibah yang belum dilunaskan dan perbezaan pertukaran.
Kepentingan minoriti dalam penyata kedudukan kewangan disatukan terdiri daripada minoriti
daripada nilai saksama aset dan liabiliti dikenal pasti yang diperoleh pada tarikh pengambilalihan
bahagian minoriti dalam perubahan ekuiti entiti yang dikawal sejak itu.
Penyata kewangan disatukan disediakan menggunakan dasar-dasar perakaunan yang seragam
bagi urusniaga dan peristiwa dan syarat lain dalam keadaan yang sama kecuali yang dinyatakan
di dalam nota yang berasingan.
k)
Entiti yang dikawal
Pelaburan di dalam entiti yang dikawal dinyatakan pada kos tolak kerugian kemerosotan nilai.
Dasar untuk pengiktirafan dan penilaian kerugian rosot nilai adalah mengikut Nota 2(l) kepada
penyata kewangan. Pada pelupusan pelaburan tersebut, perbezaan di antara hasil pelupusan
bersih dan nilai dibawa diiktiraf dalam penyata pendapatan.
l)
Rosot Nilai Aset Bukan Kewangan
i)
Aset Penjanaan Tunai
Pada setiap tarikh penyata kedudukan kewangan, Kumpulan mengkaji semula nilai dibawa
bagi aset-asetnya untuk menentukan sama ada terdapat sebarang petunjuk kemerosotan
nilai. Jika sebarang petunjuk wujud, rosot nilai dikira dengan membandingkan nilai dibawa
aset dengan amaun boleh pulih. Amaun boleh pulih adalah nilai tertinggi di antara nilai
saksama ditolak kos untuk dijual dan nilai dalam penggunaan.
Dalam menentukan nilai dalam penggunaan, aliran tunai masa hadapan akan didiskaun
kepada nilai semasanyamenggunakan kadar diskaun sebelumcukai yangmenggambarkan
nilai pasaran semasa nilai masa wang dan risiko khusus kepada aset tersebut. Di dalam
menentukan nilai saksama ditolak kos untuk dijual pula, urus niaga pasaran terkini akan
diambilkira, jika ada. Jika tiada urus niaga pasaran terkini berlaku, model penilaian yang
sesuai hendaklah digunakan.
Kerugian kemerosotan diiktiraf sebagai perbelanjaan dalam penyata prestasi kewangan
serta merta apabila nilai dibawa aset melebihi amaun boleh pulihnya, melainkan aset
tersebut dibawa pada jumlah penilaian semula. Sebarang kerugian kemerosotan aset
yang dinilai semula akan dikurangkan setakat lebihan penilaian semula yang masih belum
digunakan bagi aset yang sama.
ii)
Aset Penjanaan Bukan Tunai
Kumpulan akan menilai pada setiap tarikh pelaporan sama ada terdapat petunjuk bahawa
aset penjanaan bukan tunai mungkin terjejas. Jika sebarang petunjuk wujud, maka