Previous Page  127 / 140 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 127 / 140 Next Page
Page Background

126

Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

2016

prestasi kewangan

MPSAS 31 - Intangible Assets

01 Januari 2017

MPSAS 33 - First -Time Adoption of Accrual Basis MPSASs

01 Januari 2017

MPSAS 34 - Separate Financial Statements*

01 Januari 2019

MPSAS 35 - Consolidated Financial Statements*

01 Januari 2017

* Kedua-dua MPSAS ini tidak digunapakai di dalam tahun kewangan semasa kerana ia perlu digunapakai

bersama MPSAS 38. Sehingga tarikh laporan ini, MPSAS 38 masih belum diterbitkan. Kedua-kedua

MPSAS ini dikeluarkan bagi menggantikan MPSAS 6, Consolidated and Separate Financial Statements.

Oleh itu. MPSAS 6 akan digunakan di dalam penyata kewangan ini sehingga kedua-dua MPSAS

tersebut digunakan atau berkuat kuasa, yang mana lebih awal.

x)

Kesan Pemakaian Awal MPSAS

Sepertimana yang dinyatakan di dalam Nota 2 a), penyata kewangan ini adalah merupakan

penyata kewangan pertama Kumpulan dan UPNM yang dibentangkan menggunakan rangka

kerja perakaunan MPSAS di mana penyata kewangan Kumpulan dan UPNM sebelum ini

telah disediakan menggunakan rangka kerja perakaunan PERS. Dasar-dasar perakaunan

yang digunakan di dalam menyediakan penyata kewangan tahun kewangan ini adalah selaras

dengan yang telah digunakan di dalam tahun kewangan sebelum ini selain daripada dasar-

dasar perakaunan yang dinyatakan seperti berikut:

Perlakuan perakaunan bagi geran

MPSAS 23 Hasil Daripada Urus Niaga Bukan Pertukaran (Cukai & Pindahan) menetapkan

tentang keperluan untuk melaporkan hasil-hasil yang timbul daripada urus niaga bukan

pertukaran. Tiada piawaian yang setara di dalam PERS. Kesan yang ketara adalah berhubung

dengan perlakuan perakaunan geran di mana MPSAS menghendaki geran yang diiktiraf

sebagai aset hendaklah diiktiraf sebagai hasil, kecuali setakat liabiliti yang juga diiktiraf

berkenaan dengan aliran masuk yang sama sebagai tertunda di dalam penyata kedudukan

kewangan. Apabila obligasi terhadap sesuatu liabiliti itu telah dipenuhi, entiti hendaklah

mengurangkan amaun bawaan liabiliti yang diiktiraf itu dan mengiktiraf amaun hasil yang sama

dengan pengurangan itu.

Peruntukan manfaat kakitangan

MPSAS 25 Employee Benefits menghendaki entiti mengiktiraf semua manfaat yang diberikan

kepada kakitangan. Memandangkan UPNM mempunyai obligasi untuk membayar Gantian

Cuti Rehat kepada kakitangannya apabila mereka bersara kelak, maka UPNM telah membuat

peruntukan tersebut di dalam penyata kewangan ini.

Selain daripada perubahan dasar-dasar perakaunan di atas, Kumpulan dan UPNM juga telah

menggunakan peruntukan dan pengecualian peralihan berikut ketika menyediakan penyata

kewangan ini yang pertama kali disediakan mengikut rangka kerja perakaunan MPSAS.

Aset infrastruktur

UPNM memiliki aset infrastruktur iaitu jalan raya yang tidak direkodkan di dalam penyata

kewangan. Ini disebabkan UPNM masih lagi di dalam proses untuk menyelenggara maklumat

berhubung aset infrastrukturnya. Oleh itu, UPNM telah menggunakan peruntukan dan

pengecualian peralihan di mana UPNM tidak perlu untuk menukar dasar perakaunan berhubung

dengan pengiktirafan dan pengukuran aset infrastrukturnya di dalam tempoh tiga tahun bermula

dari tarikh menerimapakai MPSAS atau sehingga aset tersebut diiktiraf dan diukur (mana

yang mana terdahulu). Walau bagaimanapun, ahli lembaga pengarah berpendapat dengan

menggunakan peruntukan dan pengecualian ini, ia tidak akan menjejaskan persembahan

penyata kewangan yang saksama serta pematuhan kepada asas akruan MPSAS.