

122
Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
2016
prestasi kewangan
atau premium atas pembelian aset tersebut serta yuran atau kos yang merupakan sebahagian
daripada kadar faedah berkesan. Kerugian yang timbul daripada kemerosotan nilai diiktiraf
dalam lebihan atau kurangan.
Rosot Nilai Aset Kewangan
Pada akhir setiap tempoh pelaporan, Kumpulan akan menilai sama ada terdapat sebarang
bukti objektif bahawa aset kewangan perlu untuk dirosot nilai. Bukti objektif termasuk:
i)
kesukaran kewangan yang ketara oleh peminjam;
ii)
pembayaran tertunggak;
iii)
kemungkinan bahawa peminjam akan muflis; atau
iv)
data yang menunjukkan bahawa terdapat penurunan di dalam anggaran aliran tunai masa
depan.
Bagi kategori aset kewangan yang diukur pada kos dilunaskan, jika tiada bukti objektif wujud bagi
individu yang ketara, maka semua aset dalam kumpulan yang mempunyai ciri-ciri risiko yang
serupa tidak kira sama ada ia ketara atau tidak, akan dinilai secara kolektif untuk menentukan
sama ada ia perlu dibuat rosot nilai.
Kerugian rosot nilai, berhubung dengan aset kewangan yang diukur pada kos dilunaskan,
diukur sebagai perbezaan di antara nilai dibawa aset berkenaan dan nilai semasa anggaran
aliran tunai yang didiskaunkan pada kadar faedah berkesan yang asal. Nilai dibawa aset
tersebut akan dikurangkan melalui penggunaan akaun elaun. Sebarang kerugian rosot nilai
diiktiraf dalam lebihan atau kurangan dengan serta-merta. Jika, dalam tempoh kemudiannya,
sebarang amaun kerugian rosot nilai menurun, kerugian rosot nilai yang diiktiraf sebelumnya
akan dibalikkan secara langsung dalam akaun elaun. Pembalikkan ini diiktiraf dalam lebihan
atau kurangan dengan serta-merta.
Penyahiktirafan Aset Kewangan
Aset kewangan dinyahiktiraf apabila hak kontrak untuk aliran tunai daripada aset kewangan
tersebut tamat tempoh atau diselesai serta Kumpulan telah memindahkan risiko dan ganjaran
pemilikan aset kewangan yang ketara kepada pihak lain.
Pada penyahiktirafan aset kewangan secara keseluruhannya, perbezaan di antara nilai dibawa
dan jumlah pertimbangan diterima serta sebarang keuntungan atau kerugian kumulatif adalah
diiktiraf dalam lebihan atau kurangan dalam tempoh penyahiktirafan.
n)
Peruntukan Liabiliti
Peruntukan bagi liabiliti diiktiraf apabila Kumpulan mempunyai obligasi kini hasil daripada
peristiwa lampau dan adalah berkemungkinan bahawa aliran keluar sumber yang mengandungi
manfaat ekonomi atau potensi perkhidmatan yang diperlukan untuk menyelesaikan obligasi
tersebut dan jumlah anggaran yang munasabah boleh dibuat.
Peruntukan dikaji semula pada setiap tarikh penyata kedudukan kewangan dan diselaraskan
untuk menggambarkan anggaran semasa yang terbaik. Di mana kesan nilai masa wang adalah
material, jumlah peruntukan adalah nilai kini perbelanjaan yang dijangka akan diperlukan untuk
menyelesaikan obligasi tersebut.
o)
Transaksi Mata Wang Asing
Urus niaga dalam mata wang asing pada mulanya dicatatkan dalam Ringgit Malaysia pada
kadar pertukaran yang berkuat kuasa pada tarikh transaksi. Pada setiap tarikh penyata
kedudukan kewangan, pertukaran mata wang asing bagi item monetari diterjemahkan ke
dalam Ringgit Malaysia pada kadar pertukaran yang berkuat kuasa pada tarikh berkenaan.
Item bukan monetari pada permulaannya didominasi dalam mata wang asing, yang dibawa
pada kos sejarah diterjemahkan menggunakan kadar sejarah pada tarikh pengambilalihan.
Semua perbezaan kadar pertukaran diiktiraf dalam penyata prestasi kewangan.