

124
Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
2016
prestasi kewangan
• Bagaimana aset tersebut akan menghasilkan faedah ekonomi masa hadapan atau potensi
perkhidmatan;
• Ketersediaan sumber untuk menyempurnakan aset tersebut; dan
• Keupayaan untuk mengukur dengan pasti perbelanjaan semasa pembangunan
Selepas pengiktirafan awal sesuatu aset, aset tersebut akan dibawa pada kos ditolak sebarang
pelunasan terkumpul dan kerugian rosot nilai terkumpul, jika ada. Pelunasan aset bermula
apabila pembangunan selesai dan aset sedia untuk digunakan. Ia dilunaskan sepanjang tempoh
manfaat masa depan yang dijangkakan. Di dalam tempoh pembangunan, aset diuji untuk rosot
nilai dengan sebarang kerugian kemerosotan nilai diiktiraf serta merta dalam penyata prestasi
kewangan.
r)
Mengofset Instrumen Kewangan
Aset kewangan dan liabiliti kewangan hanya dikontra jika, dan hanya jika, terdapat hak undang-
undang mengofsetkannya dan terdapat tujuan untuk menyelesaikannya pada nilai bersih atau
untuk merealisasikan aset dan menyelesaikan liabiliti secara serentak.
s)
Nilai Saksama Instrumen Kewangan
Nilai saksama instrumen kewangan yang didagangkan dalam pasaran aktif pada setiap tarikh
laporan adalah ditentukan dengan merujuk harga pasaran disebut tanpa mengurangkan kos
urus niaga.
t)
Pihak Berkaitan
Kumpulan menganggap pihak berkaitan sebagai orang atau entiti dengan keupayaan untuk
mengenakan kawalan secara individu atau bersama, atau untuk melaksanakan pengaruh
penting ke atas Kumpulan, atau sebaliknya. Kakitangan penting pihak pengurusan dianggap
sebagai pihak berkaitan dan terdiri daripada ahli lembaga pengarah.
u)
Maklumat Bajet
Bajet tahunan disediakan pada asas tunai. Memandangkan penyata kewangan disediakan
menggunakan asas akruan, maka satu Penyata Perbandingan Bajet dan Sebenar didedahkan
secara berasingan. Penyata ini telah disediakan menggunakan asas penyediaan bajet tahunan
dan hanya merujuk kepada bajet mengurus sahaja.
Jumlah bajet hanya dibentangkan bagi pihak UPNM sahaja dan tidak mengambilkira bajet
entiti yang dikawal kerana ia tidak perlu didedahkan kepada pihak luar. Jumlah bajet ini telah
diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.
v)
Pertimbangan Perakaunan Kritikal dan Sumber Utama Ketidakpastian Anggaran
Pertimbangan Perakaunan Kritikal
Tiada sebarang pertimbangan perakaunan kritikal selain daripada anggaran yang terlibat
seperti di bawah, yang mempunyai kesan ketara ke atas jumlah yang diiktiraf di dalam penyata
kewangan.
Sumber Utama Ketidakpastian Anggaran
Anggaran utama berkenaan masa hadapan, dan lain-lain sumber utama ketidakpastian
anggaran pada tarikh pelaporan, yang mempunyai risiko ketara yang akan menyebabkan
pelarasan penting terhadap nilai dibawa aset dan liabiliti di dalam tahun kewangan seterusnya
adalah seperti berikut:
Kerugian Rosotnilai bagi Belum Terima
Kumpulan menilai pada setiap tarikh pelaporan sama ada terdapat sebarang bukti objektif
bahawa aset kewangan terjejas. Untuk menentukan sama ada terdapat bukti objektif rosot nilai,
Kumpulan menganggap faktor seperti ketidakmampuan bayar siberhutang dan keingkaran
atau kelewatan pembayaran yang ketara. Jika terdapat bukti objektif kemerosotan nilai, jumlah